awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Palestin-Israel: 'Anak-anak, isteri saya masih hidup' - Nadir Al-Nuri

Sinar Harian
Sinar Harian
11/11/2023
11:38 MYT
Perang Palestin-Israel: 'Anak-anak, isteri saya masih hidup' - Nadir Al-Nuri
Muhammad Nadir berkata, keluarganya menempuh perjalanan yang mencabar untuk menyelamatkan diri ke Selatan Gaza. - Gambar/ FB Muhammad Nadir Al-Nuri
KUALA LUMPUR: Selepas lapan hari gagal menghubungi keluarga di Gaza, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri melahirkan rasa syukur kerana mereka masih hidup.
Khabar gembira itu dikongsikan beliau menerusi hantaran di Facebook sebentar pada Sabtu.
"Alhamdulillah hari ini saya diberi dua hadiah yang besar. Yang pertama ialah ahli keluarga baru untuk kami, adinda Saufi yang diberi amanah menjaga adik perempuan bongsu kami Hannan.
"Kedua ialah gambar yang saya dapat lewat jam 1 pagi semalam, khabar bahawa anak-anak dan isteri saya masih hidup setelah lapan hari cuba berhubung dengan mereka dan gagal mendapat berita," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata, keluarganya menempuh perjalanan yang mencabar untuk menyelamatkan diri ke Selatan Gaza.
“Keluarga saya berada di Selatan Gaza yang agak tenang dan perjalanan ‘maut’ mereka lalui untuk sampai ke sana cukup untuk dibuat filem lengkap.
“Gaza semakin genting, keadaan jauh lebih teruk dari awalnya. Tetapi untuk hari ini, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#perang Palestin-Gaza
#Nadir Al-Nuri
#keluarga selamat
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan