PUTRAJAYA: Perasaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tersentuh ketika menghadiri Siri Syarahan Kehormat MADANI mengenai Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi di Seri Perdana di sini .
Anwar dalam ucapannya berkata beliau amat terharu dengan kehadiran anak-anak Almarhum Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi iaitu Dr Muhammad Al-Qaradawi dan Abdurahman Al-Qaradawi yang sudi berkongsi mengenai biografi dan perjuangan Syeikh Yusof.
"Ini merupakan satu program penting dan pada masa sama menyentuh perasaan saya. Saya rasa sangat terharu semasa dapat tahu Muhammad hubungi saya berhajat ingin serahkan karya besar Syeikh Yusuf sebagai tanda ingatan kepada saya.
Saya dan rakan-rakan di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebenarnya dekat dengan Syeikh Yusuf, ... menjiwai perjuangan yang membawa mesej Islam. Beliau membantu kita dengan keadaan kebangkitan Islam (ketika itu) dan kemaraan anak muda, serta memberi ingatan perlu berhikmah dan kesabaran (berdakwah)," katanya.
Anwar turut berkata Syeikh Yusuf pernah menulis surat pada tahun 2013, menyatakan sokongan terhadap terhadap perjuangan beliau dan rakan-rakan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 dan mengambil alih Kerajaan Malaysia.
"Tiada apa yang boleh ditukarkan atau membayar sumbangan beliau bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada umat manusia. Kami amat mengingati beliau," katanya.
Syeikh Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia pada 26 Sept tahun lepas pada usia 96 tahun.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.
Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Syeikh Yusuf Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.
Pada majlis itu, Muhammad menyerahkan Ensiklopedia Himpunan-Himpunan Yang Lengkap Bagi Al-Imam Yusuf Al Qaradawi, yang antaranya menghimpunkan karya-karya Allahyarham dalam bidang akidah, feqah, ilmu agama, fatwa-fatwa, tasawuf, tafsir, hadis, sejarah, pemikiran dan khutbah.
Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Anwar berkata Syeikh Yusuf pernah menulis surat pada tahun 2013, menyatakan sokongan terhadap terhadap perjuangan beliau dan rakan-rakan untuk memenangi PRU ke-13. - Gambar Bernama
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pas mohon kerajaan segera buat rayuan kes keputusan kalimah Allah - Tuan Ibrahim
Isu berkenaan telah menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan masyarakat Islam.