KUALA LUMPUR: Pelaksanaan peraturan baharu bagi penyedia perkhidmatan pemeriksaan kenderaan (VISP) di Malaysia ditambah dengan teknologi canggih, menjanjikan penambahbaikan signifikan terhadap keselamatan kenderaan dan kualiti perkhidmatan di samping menangani kebimbangan pengguna.
Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Wan Mazlina Wan Mohamed berkata selain itu, pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada masa menunggu yang lebih singkat.
Bulan lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Puspakom tidak lagi menjadi satu-satunya VISP untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 Sept, 2024.
Beliau berkata Kabinet telah memutuskan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dibuka kepada semua pihak yang berkelayakan, dan VISP baharu mesti memenuhi ambang kewangan modal berbayar RM10 juta dan modal kerja RM5 juta, memastikan hanya penyedia yang stabil dari segi kewangan memasuki pasaran.
Wan Mazlina berkata syarat kewangan yang ketat itu menandakan kemudahan pemeriksaan akan dilengkapi dengan alat diagnostik terkini dan teknologi canggih.
“Melalui penyepaduan teknologi dan menerima guna automasi, kita mempunyai peluang untuk mengurangkan masa menunggu dengan ketara di samping meningkatkan kecekapan dan ketepatan pemeriksaan kenderaan.
“Pelaburan strategik ini memperkasakan VISP untuk melancarkan proses pemeriksaan dan meminimumkan kesilapan manusia, sekali gus meningkatkan kepuasan dan kepercayaan orang awam,” katanya.
Beliau berkata pelaburan sedemikian juga akan mempertingkatkan kebolehpercayaan dan konsistensi pemeriksaan, menjajarkan piawaian keselamatan kenderaan Malaysia dengan penanda aras antarabangsa seperti ISO 17020 dan ISO 17025.
Langkah menambah lokasi VISP boleh mengurangkan tempoh pengguna menunggu dengan ketara sekali gus menangani isu mendesak yang dihadapi mereka yang ingin membuat pemeriksaan kenderaan, katanya.
“Walau bagaimanapun, syarat modal yang tinggi mungkin mengehadkan bilangan pihak yang ingin menjadi VISP khususnya di kawasan luar bandar dengan permintaan rendah, berpotensi mengekang persaingan.
“Walaupun matlamatnya untuk mengagihkan perkhidmatan dan menambah baik akses merentas lokasi bandar dan luar bandar, pelaburan modal tinggi yang diperlukan boleh menghalang kemasukan peserta baharu, dan ini secara tidak sengaja menumpukan perkhidmatan di kawasan bandar yang lebih menguntungkan,” katanya.
Di sebalik cabaran ini, Wan Mazlina yakin persaingan dalam kalangan VISP yang layak akan membawa kepada harga yang lebih kompetitif.
Beliau juga menekankan kepentingan mengekalkan standard kualiti, keselamatan dan integriti perkhidmatan yang tinggi, yang penting untuk kepuasan pengguna.
Tindakan itu juga boleh mempercepat pulangan pelaburan untuk VISP, mengimbangi kos permulaan yang tinggi dari semasa ke semasa.
“Pada masa sama, VISP baharu mesti mematuhi program jaminan kualiti yang ketat dan keperluan kawal selia.
“Audit berkala, proses yang telus dan latihan kakitangan yang berterusan penting untuk mengekalkan standard tinggi yang diharapkan oleh orang ramai dan pihak berkepentingan yang berkaitan,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Langkah menambah lokasi VISP boleh mengurangkan tempoh pengguna menunggu, sekali gus menangani isu mendesak yang dihadapi mereka yang ingin membuat pemeriksaan kenderaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Penjimatan RM4 bilion subsidi diesel beri ruang fiskal lebih luas bantu rakyat
Penjimatan ini membolehkan lebih banyak dana untuk infrastruktur dan perkhidmatan awam.
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET – TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang supaya menimbangkan memilih aliran TVET sebagai pilihan utama untuk melanjutan pelajaran.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
[TERKINI] Warga AS terkejut Trump disabitkan bersalah
Dalam pada itu, sabitan ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang pelbagai reaksi daripada warga Amerika Syarikat di kota metropolitan New York.
[TERKINI] Trump pertahan diri, dakwa perbicaraan bermotifkan politik
Donald Trump pertahankan diri tidak bersalah dan dakwa perbicaraan bermotif politik. Bekas Presiden AS ini berjanji akan terus berjuang hingga ke akhirnya.
[TERKINI] Donald Trump didapati bersalah atas 34 dakwaan memalsukan rekod perniagaan
Donald Trump disabit kesalahan memalsukan rekod perniagaan. Hukuman ditetapkan 11 Julai, dengan bekas Presiden AS ini berdepan penjara atau denda.
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
22 maut dalam nahas bas di Jammu, Kashmir
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas di wilayah Jammu dan Kashmir pada Khamis.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
UTM akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti AI pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan
Gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan itu antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.
Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai, kata pakar
Selain itu, pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada masa menunggu yang lebih singkat.