awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbaiki dahulu sistem, barulah pembekuan penghantaran pekerja Indonesia tamat - Raden Sigit

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
14/07/2022
09:42 MYT
Perbaiki dahulu sistem, barulah pembekuan penghantaran pekerja Indonesia tamat - Raden Sigit
Jelas Raden Sigit Witjaksono, perintah pembekuan penghantaran pekerja akan ditamatkan jika sistem pengambilan pekerja asing yang digunapakai Malaysia menjamin perlindungan yang lebih baik kepada pekerja dari Republik itu. - Astro AWANI
KUCHING: Kerajaan Malaysia dan Indonesia masih mengadakan perbincangan lanjut berhubung pembekuan sementara penghantaran pekerja Indonesia ke negara ini.
Konsul Jeneral Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono berkata perintah tersebut akan ditamatkan sekiranya sistem pengambilan pekerja asing yang digunapakai Malaysia menjamin perlindungan yang lebih baik kepada pekerja dari Republik itu.
“Perkara ini masih dibincangkan, apa yang menjadi perhatian kami ialah agar kedua-dua kerajaan memastikan sistem pengambilan pekerja Indonesia daripada awal sehingga ke tempat kerja melindungi kebajikan pekerja dan kita sentiasa mencari apa sahaja cara untuk menyelesaikanya.
“Kita berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dari segi syarikat yang memerlukan pekerja dan juga pekerja di Indonesia yang memerlukan pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak di Kuching pada Khamis.
Tambahnya lagi kerajaan Indonesia ambil maklum keperluan pekerja asing di dalam negara termasuk di Sarawak yang kebanyakkanya melibatkan sektor perladangan.
“Kita belum mendapatkan jumlah terkini permohonan pekerjaan dari Indonesia ke Malaysia tetapi apa yang pasti sektor perladangan adalah sektor yang mempunyai permintaan yang paling tinggi diikuti sektor pembinaan,” ujarnya lanjut.
Pada Rabu, Indonesia telah melaksanakan pembekuan sementara ke atas penghantaran semua pekerja ke Malaysia serta-merta.
BACA: Indonesia beku penghantaran pekerja ke Malaysia serta-merta - Laporan
Tindakan ini berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono memaklumkan penggunaan berterusan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam pengambilan PDI telah melanggar MoU yang ditandatangani antara dua kerajaan itu pada 1 April lalu.
BACA: Isu pekerja asing: "Mengapa Malaysia tidak hormati MoU?" - Duta Besar Indonesia
Topic Berkaitan
#Indonesia
#pekerja asing
#Raden Sigit Witjaksono
#MoU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan