KUALA LUMPUR: Lebih banyak pusat pemulihan khusus untuk kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) diperlukan untuk membantu golongan ini yang kurang sesuai menempatkan diri ke sekolah biasa (aliran perdana) atau Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Langkah ini bagi memastikan mereka tidak terus tercicir dalam bidang akademik mahupun kemahiran.
Pakar psikologi kanak-kanak yang juga pensyarah kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Noor Aishah Rosli berkata, dalam situasi ini, terdapat ibu bapa yang mempunyai anak kategori berkeperluan khas yang buntu dan berhadapan masalah.
Ia bukan sahaja untuk menentukan tahap pembelajaran anak mereka bahkan penempatan (sekolah) yang sesuai bagi meneruskan pembelajaran.
Di samping itu juga, beberapa ciri serta syarat yang ditetapkan oleh pihak sekolah yang perlu dipenuhi oleh kanak-kanak OKU sedikit sebanyak didakwa turut menjadi 'halangan' untuk ibu bapa menempatkan anak mereka dalam kedua-dua aliran berkenaan.
PILIH PENEMPATAN SESUAI
Menurut Dr Noor Aishah, daripada pengalaman beliau menjalankan pemeriksaan dan penilaian terhadap kanak-kanak OKU, ibu bapa perlu menimbangkan beberapa faktor sebelum menempatkan anak mereka di sekolah atau pusat tertentu.
"Kanak-kanak OKU ini, bila kita buat penilaian, kita dapat kenal pasti di mana kelemahan dan kelebihan mereka terutama apabila kita buat ujian IQ, ujian autisme dan ujian masalah gangguan hiperaktif defisit tumpuan (ADHD).
"Kanak-kanak yang ada isu (mempunyai IQ yang rendah) kurang sesuai untuk ditempatkan di sekolah biasa tetapi, kanak-kanak ini juga tidak semestinya sesuai untuk di masukkan ke PPKI... Ini kerana ada antara mereka ini boleh menguasai sesuatu kemahiran.
"Contohnya ada kanak-kanak autisme yang saya jumpa high functioning, iaitu hanya mengalami masalah sosial tetapi boleh belajar seperti kanak-kanak normal lain. Ringkasnya walaupun dia autisme tetapi dia boleh bercakap, ada eye contact, dia faham arahan, dia boleh berdikari pergi tandas. Saya selalu cadangkan pada ibu bapa supaya masukkan kanak-kanak kategori itu ke sekolah biasa.
"Cuma mungkin yang menjadi kebimbangan ibu bapa ialah apabila anak ini ke sekolah biasa (aliran perdana), mereka ini dibuli oleh pelajar lain. Jadi disebabkan itu saya merasakan perlunya ada lebih banyak pusat atau sekolah yang sesuai dengan pendekatan dan keperluan sebenar pelajar OKU yang terdiri daripada pelbagai kategori ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
PERGIAT USAHA, SEKTOR SWASTA
Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU.
Pelaksanaan program PDK di seluruh negara, sama ada di pusat PDK atau di rumah melibatkan usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian.
Berfungsi sebagai pusat intervensi awal OKU, pusat sumber maklumat OKU, pusat rujukan OKU, pusat pendaftaran OKU dan pusat advokasi, antara aktiviti yang disediakan di PDK termasuklah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan sosial, perkembangan bahasa, pengurusan diri, kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), permainan, sukan rekreasi dan kebudayaan, latihan vokasional, terapi muzik dan lain-lain.
Mengulas mengenai inisiatif kerajaan itu, Dr Noor Aishah berkata, usaha berkenaan wajar diberikan pujian, tetapi perlu dipergiatkan lagi termasuk melibatkan sektor swasta.
Beliau yang juga pengasas klinik psikologi CPC International yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor, berkata, perkembangan setiap individu termasuk kanak-kanak OKU adalah berbeza.
Justeru katanya, apa yang wajar ditawarkan oleh pusat pemulihan khas yang dimaksudkan perlulah selaras dengan keperluan semasa, lebih fokus dan mengikuti perkembangan kanak-kanak OKU daripada aspek akademik mahupun kemahiran.
"Walaupun kanak-kanak OKU ada yang dalam kategori lemah slow learner, menghidap autisme dan sebagainya, namun jika mereka terus diabaikan dan tidak diberi pelajaran dan kemahiran sewajarnya, akibatnya tidak ada ilmu yang boleh dikuasai walaupun perkara asas.
"Pusat pemulihan yang saya maksudkan ini wajar menekankan kepada keperluan sebenar kanak-kanak OKU yang tak boleh pergi ke sekolah biasa dan juga PPKI. Pusat ini akan lebih fokus kepada perkembangan individu, sistem pembelajaran secara individu dan kumpulan (bergantung kepada kesesuaian) dan akan ada sistem penilaian bagi mengenal pasti tahap peningkatan pelajar dari sudut akademik dan kemahiran.
"Untuk masuk ke pusat ini penilaian akan dibuat terlebih dahulu agar silibus dan ilmu pengetahuan yang sepadan dengan kemampuan kanak-kanak OKU dapat disediakan," katanya yang berhasrat membuka sebuah pusat pemulihan khas kanak-kanak OKU bagi tujuan sama.
CARA KERJA BERBEZA
Menyifatkan sebagai sesuatu yang menyedihkan sekiranya kanak-kanak OKU terutama yang high functioning tidak mendapat penempatan sesuai dengan keperluan, beliau turut berkata, cara kerja dan khidmat yang ditawarkan oleh pusat pemulihan untuk golongan itu mungkin perlu ditambah baik.
"Jika di luar negara, cara kerja (membantu kanak-kanak OKU) adalah bersifat one-to-one, ada silibus khusus untuk setiap kanak-kanak. Tetapi pada masa sama kita juga perlu faham di Malaysia agak sukar untuk kita memberikan perkhidmatan sebegitu antara sebabnya kita tak ramai pakar dalam bidang ini untuk membantu kanak-kanak OKU secara individu.
"Cuma mungkin kita boleh tambah baik daripada aspek perlu ada penilaian akademik dan kemahiran yang dapat dikuasai kanak-kanak ini dalam tempoh, sebagai contoh, selepas lima bulan menghadiri kelas.
"Saya juga suka untuk menekankan aspek kemahiran untuk kanak-kanak OKU. Kemahiran ini penting bukan sahaja untuk meningkatkan kefahaman dalam akademik tetapi juga membantu untuk merangsang dan meningkatkan tahap IQ," jelasnya, menambah agar kerajaan, penyelidik atau mana-mana pendidik terlibat sudi untuk mengambil inisiatif menubuhkan pusat pemulihan khas yang dimaksudkan ini.
GURU TERLATIH, PILIHAN TERBAIK
Sementara itu, pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaaan Malaysia Prof Madya Dr Hasnah Toran berkata, tenaga pengajar yang akan mengajar di pusat pemulihan khas perlu daripada kalangan guru terlatih dan bukan sukarelawan yang diberikan elaun seperti di kebanyakan pusat pemulihan.
Ia penting bagi memastikan pencapaian matlamat iaitu tidak ada anak-anak OKU yang tercicir akibat tidak dapat memasuki aliran perdana atau PPKI.
Beliau yang juga Pengerusi Raudhah Autisme berkata, pemilihan pelajar yang layak ke pusat itu juga perlu diberi perhatian agar setiap peringkat masyarakat dapat menikmati peluang yang sama, lebih-lebih lagi dengan tidak mengenepikan golongan B40.
"Jika tak isunya akan sama saja... bukalah berapa banyak pusat atau sekolah khas pun, tetapi jika ada isu 'pilih bulu', diskriminasi pada golongan tertentu maka isu pelajar OKU tercicir, ketinggalan ni akan terus berlaku sampai bila-bila," katanya.
Turut berkongsi pandangan, guru prasekolah PPKI Sekolah Kebangsaan Dato' Penghulu Luak Jempol, Negeri Sembilan, Nurhayati Zainudin, yang berkata, ibu bapa akan mempunyai peluang dan pilihan untuk mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka sekiranya lebih banyak pusat atau sekolah kanak-kanak OKU dibuka, sama ada oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun secara individu.
Beliau bagaimanapun berharap agar pusat atau sekolah berkenaan tidak hanya dibuka di bandar besar sahaja dan yuran yang dikenakan juga perlulah berpatutan dan tidak membebankan ibu bapa.
"Usaha mendidik anak-anak OKU ini haruslah berterusan dengan penglibatan semua pihak termasuk kerajaan dan swasta agar kemenjadian anak-anak OKU ini dapat diserlahkan bakat dan kemampuan mereka.
"Ramai anak-anak OKU yang memiliki kepintaran serta bakat yang luar biasa, " tambahnya.
-- BERNAMA / Erda Khursyiah Basir
Bernama
Tue Jun 14 2022
Ibu bapa perlu menimbangkan beberapa faktor sebelum menempatkan anak mereka di sekolah atau pusat tertentu. - Gambar hiasan
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
MCMC, Microsoft tandatangan MoU 14 Mei ini - Teo
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pihaknya mahu bekerjasama dengan Microsoft membabitkan usaha peningkatan kemahiran tenaga kerja di Malaysia.
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam peringkat akhir meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 agar hukuman penjara bagi kesalahan penyalahgunaan dadah ditukar kepada program rawatan dan pemulihan dadah.
Jangkitan kuman di rumah pengasuh, bayi 7 bulan maut
Polis menahan reman seorang wanita bagi membantu siasatan kematian seorang bayi perempuan tujuh bulan yang berada dalam jagaannya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Isnin.
Pihak polis kesan pemilik akaun sosial timbul kebencian
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Katanya, ia susulan kes serangan yang melibatkan dua pemain bola sepak iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Katanya, ia susulan kes serangan yang melibatkan dua pemain bola sepak iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (07 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak lelaki OKU maut digilis jentera pembajak
Muhammad Aiman ditemui penduduk kampung tertiarap di dalam lumpur dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Kanak-kanak OKU seharusnya nikmati peluang sama rata dalam semua aspek hidup - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan petugas kesihatan dianggap kurang sensitif dan tidak profesional apabila menyantuni kanak-kanak OKU.
Ras Adiba seru masyarakat jadi mata dan telinga pihak berkuasa, elak kes aniaya anak OKU berulang
Senator Datuk Ras Adiba Radzi meminta masyarakat agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengelakkan kes penganiayaan terhadap anak-anak dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) berulang.
Kanak-kanak OKU dibunuh, disumbat ke dalam guni sebelum dibuang ke dalam semak
Tindakan kejam itu didakwa dilakukan seorang lelaki terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia enam tahun baru-baru ini.
Kanak-kanak OKU dipercayai dianiaya di pusat jagaan
Seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) berusia lima tahun dipercayai menjadi mangsa penganiayaan kakitangan sebuah pusat jagaan di Kuala Terengganu.
Siti Bainun menangis lihat kelibat Bella di mahkamah
Siti Bainun Ahd Razali dilihat tidak dapat menahan sebak ketika mangsa dan lima lagi kanak-kanak jagaannya dipanggil Mahkamah Sesyen di sini, untuk sesi pengecaman, pada pagi tadi.
Perbanyak pusat pemulihan kanak-kanak OKU agar tidak tercicir akademik, kemahiran
Ibu bapa perlu menimbangkan beberapa faktor sebelum menempatkan anak mereka di sekolah atau pusat tertentu.
Anak istimewa sindrom Down melecur teruk pada badan disyaki didera di pusat asuhan
Mangsa yang diselamatkan selepas polis menerima aduan pada 24 Jun lalu, turut mempunyai kesan luka pada paha.
Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU
Sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan.
Enam rumah hangus terbakar selepas kanak-kanak lelaki OKU main lilin
Gara-gara seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dipercayai terencat akal bermain lilin, enam buah rumah musnah sekelip mata dalam kebakaran di Skim Penempatan Kinarut, petang Kham