awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbanyak usaha untuk tarik pelajar dari Maldives - Duta Malaysia

Bernama
Bernama
25/05/2023
12:31 MYT
Perbanyak usaha untuk tarik pelajar dari Maldives - Duta Malaysia
Badli Hisham berkata beliau akan menumpukan kepada mempromosikan perdagangan selanjutnya antara Malaysia dan Maldives melalui pelaburan semasa lawatannya ke Malaysia. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Memandangkan pelajar dari Maldives menunjukkan minat untuk mengikuti pendidikan peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi di Malaysia, sektor pendidikan di negara ini perlu melakukan lebih banyak lagi usaha untuk menarik minat mereka, kata Pesuruhjaya Tinggi baharu Malaysia ke Sri Lanka dan Maldives, Badli Hisham Adam.
"Untuk memanfaatkan minat yang semakin meningkat ini, Malaysia, melalui Suruhanjaya Tinggi di Colombo dengan kerjasama universiti swasta dan awam berhasrat untuk meningkatkan promosi untuk menarik lebih ramai pelajar, kata Badli Hisham dalam temu bual bertulis dengan Bernama.
"Pada masa ini, terdapat kira-kira 2,000 warga Maldives belajar di Malaysia dan kami ingin melihat peningkatan dalam bilangan mereka," kata Badli Hisham yang baru-baru ini menyampaikan surat tauliahnya kepada Presiden Maldives Ibrahim Mohamed Solih.
Duta berusia 53 tahun itu kini dalam lawatan kerja ke Maldives dari 21 hingga 27 Mei sempena Ekspo Pendidikan Antarabangsa Kajian Luar Negara, yang diadakan di Male dan pulau-pulau lain di Maldives untuk mempromosikan pendidikan di Malaysia kepada pelajar Maldives.
Beliau berkata Malaysia juga menyokong Maldives dalam menyediakan latihan teknikal melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dan akan terus menyokong Maldives melalui lebih banyak kursus MTCP.
Badli Hisham berkata beliau akan menumpukan kepada mempromosikan perdagangan selanjutnya antara Malaysia dan Maldives melalui pelaburan semasa lawatannya ke Malaysia.
"Saya akan terus mempromosikan pertukaran budaya dalam kalangan rakyat, terutamanya melalui promosi kebudayaan Malaysia dan kerjasama dalam pelancongan," katanya.
Malaysia dan Maldives menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 1968.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maldives
#pelaburan
#pelancongan
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan