awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
Pemimpin Pas 'kunci mulut' intipati mesyuarat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbanyakkan kajian ketamadunan Melayu - Titah Raja Permaisuri Agong

Bernama
Bernama
17/12/2025
02:10 MYT
Perbanyakkan kajian ketamadunan Melayu - Titah Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong bertitah demikian selepas berangkat melawat British Library di London, United Kingdom. - Foto Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menggalakkan lebih banyak kajian dijalankan berkenaan sejarah ketamadunan Melayu serta hubungannya dengan tamadun lain pada peringkat antarabangsa.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Raja Zarith Sofiah bertitah kajian akademik yang lebih mendalam ke atas sejarah tamadun Melayu dan penerapannya di Malaysia, akan mengukuhkan lagi jati diri bangsa.
"Dalam kita sentiasa merancang pertumbuhan dan kemajuan untuk masa hadapan, kita mesti juga melihat kepada sejarah tamadun bagi mempelajari teladan zaman dahulu. Terdapat pelbagai sumber penyelidikan di seluruh dunia, termasuk di British Library (di London).
"Ini akan mengukuhkan jati diri melalui penerapan kesedaran yang lebih mendalam tentang identiti Bangsa Melayu," titah Seri Paduka Baginda.
Raja Permaisuri Agong bertitah demikian selepas berangkat melawat British Library di London, United Kingdom semalam.
Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong dan rombongan disambut Pengelola British Library Richard Davies, Ketua Kurator Bahagian Asia Tenggara Datuk Dr Annabel Teh Gallop serta Ketua Koleksi Asia dan Afrika Luisa Elena Mengoni.
Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan penerangan mengenai koleksi surat-surat Kesultanan Melayu, hikayat dan puisi lama, termasuk manuskrip purba Kesultanan Johor oleh Datuk Dr Annabel Teh Gallop yang juga pakar sejarah persuratan Nusantara.
Turut mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid, Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor Datuk Dr Badrul Hisham Kassim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#sejarah ketamadunan Melayu
#British Library
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan