Perbincangan hak 40 peratus Sabah bermula Isnin ini - Armizan

Armizan (tengah) berkata rundingan akan dimulakan di peringkat pegawai kerajaan bagi memastikan proses teknikal berjalan lancar.
PUTRAJAYA: Mesyuarat pertama berkaitan tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah dijadual diadakan pada Isnin depan di Menara Kinabalu, di sini.
Ringkasan AI
- Mesyuarat pertama tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah dijadual Isnin depan di Menara Kinabalu.
- Rundingan pada peringkat pegawai kerajaan bagi memastikan proses teknikal lancar.
- Keputusan Mahkamah Tinggi membawa kepada perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah berkaitan hak kewangan Sabah.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong, akan mewakili kerajaan negeri dalam perbincangan tersebut.
"Jemaah Menteri hari ini memutuskan agar perbincangan segera diadakan antara pegawai Kerajaan Persekutuan dan Sabah bagi memastikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai hak 40 peratus Sabah melalui special grant, dengan Datuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan MOF mengetuai pihak Persekutuan manakala Kerajaan Sabah diwakili pegawai mereka.
“Perbincangan pertama pada Isnin depan menunjukkan kesungguhan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan hak 40 peratus Sabah,” katanya dalam Sidang Media Mingguan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di Putrajaya pada Jumaat.
Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan kerajaan Persekutuan berkewajipan mengadakan semakan serta membayar semula hak tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh daripada Sabah.
Keputusan mahkamah itu menjadi asas kepada rundingan teknikal antara pegawai kedua-dua pihak untuk menentukan kadar pemberian khas (special grant) kepada negeri.
Sebelum ini, jawatankuasa teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKMTPMA63) diketuai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick digantikan Armizan sebagai Wakil Menteri Kabinet Persekutuan dari Sabah yang menganggotai jawatankuasa teknikal berkenaan.
Sementara itu Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media yang sama menyatakan, langkah pelantikan Armizan bertujuan memastikan rundingan lebih tersusun dan berfokus kepada pelaksanaan hak kewangan Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Jemaah menteri bersetuju melantik Datuk Armizan Mohd Ali untuk menjadi wakil Kabinet Persekutuan dari Sabah menganggotai Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi merundingkan isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah.
"Pelantikan itu dibuat bagi memastikan rundingan berkaitan hak kewangan Sabah dapat diteruskan secara lebih teratur dan berpandukan mandat kerajaan Persekutuan," katanya.
Rundingan dijangka membincangkan mekanisme pengiraan, formula pemberian khas serta jadual pembayaran bagi memastikan tuntutan 40 peratus hasil Sabah dipenuhi dengan tepat dan telus.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan Mesyuarat pertama berkaitan tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah yang dijadual diadakan pada Isnin depan? A: Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk memulakan rundingan di peringkat pegawai kerajaan bagi memastikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai hak 40 peratus Sabah melalui special grant.
- Q: Siapakah individu yang mewakili kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Sabah dalam perbincangan tersebut? A: Kerajaan Persekutuan akan diwakili oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Johan Mahmood Merican, manakala Kerajaan Negeri Sabah akan diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.
- Q: Apakah yang dikehendaki oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan dengan kerajaan Persekutuan? A: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa kerajaan Persekutuan berkewajipan mengadakan semakan serta membayar semula hak tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh daripada Sabah.
- Q: Mengapa Armizan dilantik untuk mengetuai Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)? A: Armizan dilantik bertujuan untuk memastikan rundingan lebih tersusun dan berfokus kepada pelaksanaan hak kewangan Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.
- Q: Apa yang dijangka dibincangkan dalam rundingan berkenaan tuntutan 40 peratus hasil Sabah? A: Rundingan dijangka membincangkan mekanisme pengiraan, formula pemberian khas serta jadual pembayaran bagi memastikan tuntutan 40 peratus hasil Sabah dipenuhi dengan tepat dan telus.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

