Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Indonesia berhubung bantuan yang diperlukan dalam menangani kebakaran hutan dan jerebu di rantau ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tunaku Jaafar.
Katanya kira-kira 1.7 juta hektar hutan dan tanah terbuka di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia terbakar dan ia bukan mudah untuk dipadamkan memandangkan hujan tidak turun di kawasan terjejas.
"Ini bermakna Indonesia masih perlukan bantuan daripada kita," katanya sambil menambah beliau akan ke republik itu esok bagi mengadakan perbincangan dengan pihak Indonesia mengenai bantuan yang diperlukan.
Beliau juga berharap dapat berbincang dengan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Dr Siti Nurbaya Bakar berhubung perjanjian persefahaman antara Malaysia dan Indonesia untuk mencegah jerebu merentas sempadan yang masih belum ditandatangani, yang tertangguh berikutan jerebu teruk di negara itu.
Wan Junaidi berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Ahli Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia Sesi 2015-2017 di sini hari ini.
Pada 11 Oktober lalu, Malaysia melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menghantar sebuah pesawat Bombardier CL 415 dan sebuah helikopter AS 365 N3 Dauphin untuk menyertai operasi memadam kebakaran di Sumatera Selatan.
Pesawat Bombardier yang menggunakan 'water scooping' dan 'water bombing' di kawasan terjejas berjaya melepaskan lebih satu juta liter air ke kawasan terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah terbuka pada 20 Oktober lalu.
Wan Junaidi berkata pihak Indonesia memuji misi memadam kebakaran pertama negara di Sumatera yang amat berkesan.
"Memandangkan pesawat tersebut perlu servis dan penyelenggaraan sebelum dihantar semula untuk misi seterusnya, kita sedia menghantar pasukan Bomba dan Penyelamat untuk memberi bantuan," katanya.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata beliau akan mengusulkan kepada kerajaan untuk meminda undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) agar institut tersebut boleh menubuhkan syarikat sendiri dan mengkomersialkan penemuan dan menjana sumber kewangan sendiri.
Dengan itu, katanya FRIM boleh menarik pelabur untuk melabur dalam syarikat dan secara tidak langsung ia dapat menjana sumber kewangan tanpa meminta bantuan dari kerajaan.
"FRIM menerima lebih 120 anugerah kebangsaan dan lebih 70 anugerah di peringkat antarabangsa namun satu pun tidak mendatangkan hasil sumber kewangan malah institut masih bergantung kepada bantuan kerajaan.
"Arahan sudah diberikan kepada peguam kementerian untuk mengkaji pindaan undang-undang tersebut," katanya sambil menambah bahawa proses tersebut akan mengambil masa.
Bernama
Mon Oct 26 2015
WAN JUNAIDI: Kira-kira 1.7 juta hektar hutan dan tanah terbuka di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia terbakar dan ia bukan mudah untuk dipadamkan memandangkan hujan tidak turun di kawasan terjejas. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Usaha Katiravan Subrayan selamatkan planet bawa beliau ke Antartika
Katiravan menjadi antara segelintir rakyat Malaysia yang menjejakkan kaki ke benua berais itu.
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.