awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Putera Mahkota Iran bangkit sebagai figura protes selepas puluhan tahun dalam buangan
Kerajaan Negeri Selangor tidak kompromi usaha promosi budaya songsang
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percepatkan penghantaran bekalan vaksin ke Sabah - Hajiji

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2021
13:42 MYT
Percepatkan penghantaran bekalan vaksin ke Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri telah membuka 151 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Sabah dan menjalankan program outreach ke pedalaman negeri ini. - CMO Sabah
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan digesa untuk mempercepatkan penghantaran bekalan vaksin COVID-19 ke Sabah dalam usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kekurangan bekalan vaksin yang dihadapi negeri itu menyukarkan PICK sekali gus memberi kesan terhadap Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang bermula bulan ini.
"Kerajaan negeri telah membuka 151 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Sabah dan menjalankan program outreach ke pedalaman negeri ini.
"Saya berharap bekalan vaksin dapat sampai ke Sabah secepat mungkin demi mencapai matlamat PICK di negeri ini yang menyasarkan 30,000 suntikan sehari," katanya dalam kenyataan di pada Isnin.
BACA: Tiada rakyat Sabah tercicir vaksin COVID-19 walaupun jauh di pedalaman - Hajiji
Terdahulu, Hajiji mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Sabah, Datuk Seri Wong Khen Thau.
Dalam pertemuan itu mereka turut membincangkan kesan pandemik terhadap ekonomi Sabah.
Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan terus memastikan lebih ramai orang yang diberi vaksinasi bagi menyekat penularan virus COVID-19.
BACA: Sabah benarkan dine-in di restoran dan gunting rambut mulai esok
Selain itu, pembukaan aktiviti ekonomi secara berperingkat akan dilaksanakan di negeri ini.
MICC memiliki jaringan dan rangkaian antarabangsa yang luas, yang mana akan lebih stabil dalam melengkapi agenda pelaburan kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#bekalan vaksin
#Sabah
#kurang bekalan vaksin
#Hajiji Noor
#Ketua Menteri Sabah
#vaksinasi
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan