KUALA LUMPUR: Percubaan ketiga SpaceX untuk melancarkan kapal angkasa Starship ke angkasa berjaya dilakukan malam tadi.
Seperti dua percubaan sebelum ini, Starship dilancarkan dari Boca Chica Texas.
Starship berjaya dipisahkan daripada roket Super Heavy yang digunakan dengan ia tiba ke orbit yang disasarkan.
Dalam dua percubaan sebelum ini Starship meletup dan hilang hubungan dengan pusat kawalan SpaceX sehingga terpaksa diletupkan.
Kejayaan semalam memberikan harapan untuk Starship digunakan untuk Misi Artemis ke bulan sekitar 2026.
Sungguhpun misi Integrated Flight Test-3 (IFT-3) semalam dianggap sebagai berjaya, ia tidak 100 peratus mengikut perancangan Space X.
Super Heavy berjaya diarahkan kembali ke bumi selepas proses pemisahan tetapi enjin roket Raptor yang digunakan tidak berjaya dihidupkan semula menyebabkan ia terhempas ke permukaan Teluk Mexico.
Starship pula berjaya melakukan pergerakan balik kuang dan diarahkan kembali semula ke bumi.
Namun seperti IFT-2, hubungannya dengan pusat kawalan terputus ketika dalam perjalanan untuk terhempas ke Lautan Hindi.
Secara rasminya Starship ini dianggap telah musnah ketika proses memasuki semula atmosfera bumi.
Selain akan digunakan untuk Misi Artemis, Starship ialah kapal angkasa yang boleh digunakan semula untuk Misi Dear Moon dan seterusnya ke permukaan Marikh oleh SpaceX.
Ia turut mendapat perhatian Pentagon yang berminat menggunakannya sebagai pengangkut kargo berkelajuan tinggi untuk misi ketenteraan. - Amanz
Amanz
Fri Mar 15 2024
Kejayaan semalam memberikan harapan untuk Starship digunakan untuk Misi Artemis ke bulan sekitar 2026.- Foto X/SPACEX
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
SpaceX milik Elon Musk bina rangkaian satelit pengintip untuk agensi perisikan AS, lapor Reuters
Program itu dapat mengesan dengan cepat sasaran berpotensi hampir di mana-mana sahaja di dunia.
Percubaan ketiga Starship ke angkasa berjaya
Percubaan ketiga SpaceX untuk melancarkan kapal angkasa Starship ke angkasa berjaya dilakukan malam semalam.
Falcon 9 lengkapkan misi ke-300, lancar satelit komunikasi Indonesia ke orbit - SpaceX
Satelit itu dilancarkan dari Kompleks Pelancaran Angkasa 40 (SLC-40) di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida.
Pentagon zahir hasrat beli Starship untuk kegunaan misi sensitif
SpaceX mengesahkan mereka telah dihubungi oleh pihak Pentagon.
Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular
Teknologi ini turut membolehkan rangkaian selular satelit dinikmati ketika berada di tengah-tengah laut.
Ujian kedua sistem roket Starship mungkin pada 17 Nov - Elon Musk
Pengasas SpaceX Elon Musk berkata ujian kedua sistem roket Starship mungkin akan dijalankan pada 17 Nov.
Kapal angkasa Starship sedia dilancarkan, menunggu kelulusan FAA - Elon Musk
SpaceX sedang menunggu kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS untuk melancarkan satu lagi kapal angkasa Starship.
Kerajaan AS saman SpaceX, dakwa diskriminasi pengambilan pekerja
SpaceX milik Elon Musk mendiskriminasi pencari suaka dan pelarian dengan menghalang mereka daripada memohon pekerjaan.
SpaceX tangguh pelancaran satelit Falcon 9 dengan Starlink kerana Taufan Hilary
SpaceX berkata pelancaran kenderaan pelancar Falcon 9 yang membawa satelit Starlink pada Jumaat ditangguhkan kerana kekuatan Taufan Hilary yang semakin meningkat di Lautan Pasifik.
SpaceX lancar 22 satelit Starlink tambahan ke orbit
SpaceX berjaya melancarkan roket Falcon 9 dengan satu lagi muatan satelit Starlink ke angkasa lepas dari Florida lewat Ahad.