KUALA LUMPUR: Malaysia menyaksikan peningkatan sebanyak 25 peratus dalam perdagangan dua hala dengan Kanada sejak 2018, terutama selepas Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dilaksanakan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia melibatkan jumlah eksport produk elektrik dan elektronik (E&E), produk getah dan perkilangan logam ke Kanada.
"Malaysia telah mengeksport terutamanya produk Elektrik dan Elektronik (E&E), produk getah dan hasilan logam ke Kanada, sementara kita mengimport produk seperti bahan kimia dan produk kimia, bijirin dan produk E&E dari Kanada.
"Syukur, unjuran tahun ini nampak lebih baik berbanding ramalan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai pertumbuhan perdagangan barang iaitu 3.3 peratus bagi tahun 2024," katanya.
Zafrul berkata demikian ketika berucap di majlis pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Mary Ng membincangkan hal perdagangan dan pelaburan di Kuala Lumpur pada Isnin.
Sementara itu, dalam sektor pelaburan, syarikat-syarikat dari Kanada seperti Celestica, Sun Life dan lain yang melabur di negara ini sejak lebih sedekad lalu telah berkembang maju.
"Sehingga hari ini, sejumlah 96 projek pembuatan dengan penyertaan Kanada telah dilaksanakan, dengan jumlah pelaburan bernilai AS$274," katanya.
Menteri Promosi Eksport, Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Ekonomi Mary Ng mengetuai pasukan misi perdagangan Kanada Ke Malaysia dan Vietnam dari 24-29 Mac ini sebagai sebahagian strategi Indo-Pasifik Kanada.
Faida Rahim
Mon Mar 25 2024
Tengku Zafrul (kiri) dalam majlis pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Mary Ng (tengah) bagi membincangkan hal perdagangan dan pelaburan di Kuala Lumpur pada Isnin. -Astro AWANI
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Malaysia perkenal NIMP 2030, atasi penyahindustrian pramatang
Malaysia melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) sebagai usaha strategik untuk mengatasi masalah penyahindustrian pramatang.
Perdagangan Malaysia-Kanada meningkat 25 peratus sejak 2018
Tengku Datuk Seri Zafrul berkata ia melibatkan jumlah eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) dan produk getah.
SIRIM lancar pensijilan, perkhidmatan ujian selimut api EV
SIRIM QAS International Sdn Bhd melancarkan pensijilan dan perkhidmatan ujian terbaharu untuk selimut api Kenderaan Elektrik (EV) pada Jumaat.
Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul
Katanya, RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.
Bajet 2023: Peruntukan pembangunan RM6.3 bilion untuk Sabah, RM5.4 bilion Sarawak
Dalam Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ,RM11.7 bilion diperuntukan untuk dua negeri itu berbanding RM9.8 bilion dalam Bajet 2022.
Bajet 2023: Kadar RMT sekolah dinaikkan - Tengku Zafrul
Kerajaan akan menaikkan kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 sen kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3.00 kepada RM4.00 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Tengku Zafrul ke Parlimen untuk bentang Bajet 2023
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan Kementerian Kewangan kira-kira 2.30 petang untuk ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 4 petang ini.
Kerajaan terus giatkan usaha perkukuh sentimen pelabur asing - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus menggiatkan usaha untuk mengukuhkan sentimen pelabur asing terhadap Malaysia menerusi pelaksanaan dasar-dasar yang berupaya meningkatkan daya tarikan Malaysia.
BN platform terbaik penyatuan kaum, generasi, kumpulan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan itu berkata demikian selepas dilantik sebagai Bendahari BN Selangor, pada Ahad.
Bajet 2022: Zafrul yakin unjuran KDNK mampu dicapai, selaras unjuran IMF, Bank Dunia
Unjuran tersebut adalah selari dengan unjuran pertumbuhan terbaharu yang digariskan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.