awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri ajak umat Islam baca, hayati al-Quran

Bernama
Bernama
18/04/2022
16:19 MYT
Perdana Menteri ajak umat Islam baca, hayati al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak umat Islam membaca dan menghayati al-Quran agar tergolong dalam kalangan insan yang bertakwa. - Foto Facebook/Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak umat Islam membaca dan menghayati al-Quran agar tergolong dalam kalangan insan yang bertakwa.
Beliau menerusi catatan di Facebook hari ini berkata Ramadan antara masa terbaik untuk umat Islam menghayati kandungan kitab suci itu dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT.
"Pada 17 Ramadan, ayat pertama al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'.
"Alhamdulillah, Fasa Peralihan Ke Endemik kini juga membolehkan kita bersama-sama bertadarus di masjid," katanya.
Catatan Facebook itu turut memuatkan poster Salam Nuzul Al-Quran daripada Perdana Menteri.
Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Umat Islam
#Al-Quran
#Nuzul Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan