SEPANG: Perdana Menteri China Li Qiang tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari yang juga kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Mac tahun lepas.
Pesawat Air China yang membawa Li dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 8.44 malam.
Antara yang menyambut ketibaan beliau ialah Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad.
Sejurus tiba, Li memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) diketuai Kapten Nur Ahmad Zaim Zahari.
Lawatan beliau juga adalah bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China susulan pemeteraian Kenyataan Bersama antara Tun Abdul Razak dan Chou En Lai pada 31 Mei 1974.
Semasa lawatan itu, Li dijadual mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan hal berkaitan hubungan dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman dan persetujuan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi ke China.
Anwar dan Li akan menghadiri majlis makan malam bagi menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China.
Li juga akan mengadakan kunjungan bagi menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Perdana Menteri China itu juga dijangka menghadiri majlis pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Gombak dan makan tengah hari bersama komuniti perniagaan dari kedua-dua negara.
Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009 dengan nilai dagangan RM450.84 bilion (US$98.90 bilion).
Hubungan Malaysia dan China semakin kukuh susulan peningkatan hubungan dua hala melalui Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024
Pesawat Air China yang membawa Li dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini pada 8.44 malam. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Yang di-Pertuan Agong terima menghadap Perdana Menteri China di Beijing
Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan sukacita berada di Beijing untuk lawatan negara dan berbesar hati dengan sambutan mesra, layanan dan aturan lawatan yang disediakan.
Perdana Menteri China berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri China Li Qiang berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia hari ini.
Hubungan China-Malaysia ibarat "landasan kereta api dengan masa depan cerah" - Li Qiang
Perdana Menteri China Li Qiang hari ini mengulangi pendirian Malaysia sebagai jiran rapat dan rakan kongsi penting, menekankan komitmennya untuk mengukuhkan kerjasama dan memajukan pembangunan bersama
PM Anwar rai rakan sejawat Li Qiang dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan rakan sejawatannya dari China, Li Qiang dalam majlis makan tengah hari di Seri Perdana.
Hubungan China-ASEAN model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya - PM China
Perdana Menteri China Li Qiang menyifatkan hubungan China-ASEAN sebagai model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya dan dinamik.
Kerjasama ASEAN-China kekal utuh - PM China
Li berkata kerjasama antara China-ASEAN telah menempuh pelbagai liku, berkat pemahaman yang mendalam mengenai cabaran.
PM Anwar ucap tahniah kepada Li Qiang
Agensi berita China Xinhua melaporkan Li, 63, disahkan sebagai Perdana Menteri China pada pagi Sabtu, selepas dicalonkan oleh Presiden Xi Jinping.
PM China ucap tahniah kepada Anwar
Li berkata secara tradisinya China dan Malaysia adalah jiran seberang laut.