awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PMR 2025 Sabah hari ini

Bernama
Bernama
11/05/2025
00:50 MYT
Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PMR 2025 Sabah hari ini
Perdana Menteri dijadual meninggalkan majlis pada 4 petang ini. - Foto fail/REUTERS
TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini.
Perdana Menteri juga dijangka melakukan Penyerahan Projek Siap Tamu Desa Sabah, Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah dan Peluncuran Program Solar MADANI pada program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat lepas.
Anwar dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang turut dijadualkan hadir ke program itu, kemudian akan meluangkan masa meninjau sendiri perkhidmatan disediakan di reruai agensi serta jabatan kerajaan yang menyertai PMR.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan mengiringi tetamu kehormat selaku menteri dan kementerian bertanggungjawab menerajui PMR 2025 Sabah yang bertemakan "Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan".
Perdana Menteri dijadual meninggalkan majlis pada 4 petang ini.
Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung pada hari terakhir PMR 2025 Sabah hari ini, antaranya Seminar Usahawan MADANI Dropship dan Ejen, serta pocket talk Anda Jimat Poket Selamat dan Keselamatan Dalam Talian.
Turut diadakan persembahan kebudayaan oleh Persatuan Etnik Tawau, pertandingan akhir karaoke, dan cabutan bertuah untuk pengunjung program.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#PMR 2025
#Anwar Ibrahim
#majlis penutupan
#Dataran Majlis Perbandaran Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami