PUTRAJAYA: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet yang sedang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia, hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini untuk berbincang mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Ini merupakan lawatan pertama Hun Manet ke Malaysia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Kemboja pada Ogos lepas.
Ketibaan Hun Manet di bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat perdana menteri, disambut oleh Anwar pada kira-kira pukul 10.15 pagi.
Sebaik tiba Perdana Menteri Kemboja diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini, dan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, sebelum Hun Manet dibawa memeriksa Kawalan Kehormatan Utama oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Turut hadir bagi menyambut kedatangan Hun Manet ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta beberapa menteri kabinet, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Kedua-dua pemimpin kemudian dibawa ke Aras Tiga bangunan Perdana Putra di sini untuk memulakan mesyuarat dua hala, dan beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani, diikuti dengan sidang media bersama.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata semasa lawatan rasmi itu, Hun Manet akan diiringi Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa negara itu Sok Chenda Sophea, serta menteri-menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Kemboja.
Hun Manet juga dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, di Istana Negara.
Dalam mesyuarat dua hala itu, perbincangan kedua-dua pemimpin akan tertumpu kepada soal kemajuan hubungan dua hala yang berterusan, khususnya kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, industri halal, tenaga, keselamatan, maklumat dan komunikasi, serta peranan Malaysia dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam di Kemboja.
Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama dalam Inovasi Kewangan dan Sistem Pembayaran antara Bank Negara Malaysia dan National Bank of Cambodia.
Hun Manet juga dijadual bertemu dengan Yang Dipertua Negara Datuk Mutang Tagal dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul.
Lawatan rasmi ini akan mengukuhkan lagi nilai tambah kepada hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Kemboja, secara dua hala dan dalam rangka kerja ASEAN, kata Wisma Putra.
Kemboja adalah salah satu negara terawal menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada tahun 1957. Pada tahun 2023, Kemboja disenaraikan sebagai rakan dagang ke-9 terbesar Malaysia di rantau ASEAN.
Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kemboja berjumlah RM3.02 bilion, dengan eksport dari Malaysia ke Kemboja bernilai RM2.35 bilion, peningkatan 1.6 peratus daripada tahun sebelumnya.
Syarikat Malaysia telah melaksanakan 162 projek di Kemboja, dengan pelaburan berjumlah RM14.4 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Anwar bersama Hun Manet di perkarangan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini sempena lawatan rasmi sehari Perdana Menteri Kemboja itu ke Malaysia. --fotoBERNAMA
U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor - MCMC
Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
AWANI Borneo [6/11/2024] – Saingan warga asing | Manfaat kekuatan dan keupayaan tempatan | Pembangunan pasca COVID-19
Borneo Rabu, 6 November 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. MOTAC pastikan kebajikan pemain industri pelancongan tempatan terpelihara
2. Kerajaan komited tarik pelabur industri pembuatan berteknologi tinggi ke Sabah
3. Kerajaan Sarawak iktiraf peranan UNIMAS jayakan Strategi Pembangunan pasca COVID-19
1. MOTAC pastikan kebajikan pemain industri pelancongan tempatan terpelihara
2. Kerajaan komited tarik pelabur industri pembuatan berteknologi tinggi ke Sabah
3. Kerajaan Sarawak iktiraf peranan UNIMAS jayakan Strategi Pembangunan pasca COVID-19
MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.
BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.
A.S. Memilih: Anwar ucap tahniah buat Trump, bakal bawa lembaran baharu kerjasama
Anwar turut meluahkan harapan agar AS dapat menggunakan pengaruh mereka untuk menamatkan konflik dan pertumpahan darah di Palestin dan Ukraine.
Raja Permaisuri Agong kurnia sumbangan kepada asnaf di Labuan
Kurniaan sumbangan berkenaan ialah hadiah peribadi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mencerminkan komitmen Seri Paduka Baginda berdua terhadap inisiatif amal dan sokongan kepada masyarakat.
Taman Pulau Sipadan kutip hasil lebih RM16 juta
Taman Pulau Sipadan (TPS) berjaya mengutip hasil lebih RM16 juta menerusi pelbagai aktiviti koservasi dan pendidikan yang dilaksanakan sejak diwartakan pada 5 November 2009.
Satu susur keluar yang baru akan dibina di Tanjung Karang - Rafizi
Menteri Ekonomi memberitahu Kementerian Ekonomi telah bersetuju membina satu susur keluar yang baru bagi memudahkan akses orang ramai ke Hospital Tanjung Karang tanpa membayar tol.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing untuk tangani isu gaji - Amir Hamzah
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat.
Syarikat pelaburan MTDC, 3REN Berhad disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia
Pencapaian besar yang menunjukkan potensi syarikat teknologi Malaysia untuk berkembang dan bersaing di pentas global.
Perdana Menteri Kemboja mengadakan perjumpaan dengan Anwar di Putrajaya
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet yang sedang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia, hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini untuk berbincang mengenai hu