KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Program Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH) bagi mewujudkan ekosistem memberi manfaat kepada semua pemegang kepentingan dalam ekonomi.
Jelasnya, inisiatif itu akan membolehkan pembinaan portfolio pelaburan dengan pulangan yang mengambil kira faktor risiko dan tadbir urus lebih baik.
Ia sekali gus dapat menjamin ketahanan serta prospek pertumbuhan mampan.
"PERKUKUH akan mewujudkan ekosistem yang memberi manfaat kepada semua pemegang kepentingan dalam ekonomi.
"Pertamanya, untuk GLIC, PERKUKUH akan membolehkan pembinaan portfolio pelaburan dengan pulangan yang mengambil kira faktor risiko, dan tadbir urus yang lebih baik untuk menjamin ketahanan dan prospek pertumbuhan mampan.
"Pendekatan ini secara beransur-ansur mendatangkan pulangan pelaburan yang lebih baik bagi pendeposit, pemegang saham dan pesara yang menyumbang melalui simpanan mereka," jelas Muhyiddin.
Bagi komuniti pelaburan pula, jelas Muhyiddin, PERKUKUH akan memberi tumpuan pembangunan bidang-bidang pertumbuhan baharu dan peluasan peluang-peluang untuk turut serta secara langsung melalui penyemarakan pelaburan swasta.
Inisiatif itu juga akan mewujudkan pembentukan ekonomi berasaskan pengetahuan dan nilai tambah tinggi, sekali gus memperkukuh prospek pertumbuhan negara dan ketahanan fiskal bagi jangka masa panjang.
"Yang terakhir dan paling penting, bagi rakyat secara umumnya, akan tercetus penciptaan pekerjaan berkualiti tinggi, peningkatan pendapatan isi rumah dan pengurangan ketidaksamarataan.
"Kesejahteraan rakyat akan ditingkatkan melalui program perlindungan sosial yang lebih berkesan dan holistik, di mana kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan GLIC dan GLC akan mengukuhkan lagi usaha merapatkan sebarang jurang, menjangkaui keperluan-keperluan asas yang telah disediakan oleh Kerajaan," jelas Perdana Menteri lagi.
Mengulas lanjut, inisiatif itu jelasnya bermula dengan pengiktirafan mandat, struktur pembiayaan dan profil risiko pelbagai GLIC yang terlibat.
Terbahagi kepada dua kategori iaitu Dana Kekayaan Negara melibatkan entiti seperti Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau MOF Incorporated.
Manakala bagi kategori Pelabur Institusi pula merangkumi entiti seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan PERKUKUH sempena Pemerkasaan Semula GLIC secara dalam talian pada Khamis.
Turut hadir dalam program itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Fareez Azman
Thu Aug 12 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan PERKUKUH yang akan memberi tumpuan pembangunan bidang-bidang pertumbuhan baharu dan peluasan peluang-peluang untuk turut serta secara langsung melalui penyemarakan pelaburan swasta. - Bernama
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.