awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/10/2020
01:03 MYT
Perdana Menteri pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet
Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki bangunan Perdana Putra hari ini untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Putra Perdana sebentar tadi.
Kenderaan rasmi yang membawa Muhyiddin memasuki bangunan itu jam 8.57 pagi.
Perdana Menteri dijadualkan mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pada pukul 9.30 pagi, hari ini.
Mesyuarat Khas tersebut dijangka membincangkan situasi terkini penularan wabak COVID-19 serta usaha mengekang wabak berkenaan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 8.57 pagi. Difahamkan, satu Mesyuarat Khas Kabinet dijadualkan berlangsung pada jam 9.30 pagi ini. @501Awani #AWANInews #HapusCOVID19 pic.twitter.com/gW5sqvtfr2
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 23, 2020
Ketibaan beliau disusuli menteri-menteri lain antaranya Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin; dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beberapa menteri turut tiba di Bangunan Putra Perdana. Mereka termasuk: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein @HishammuddinH2O @501Awani #HapusCOVID19 pic.twitter.com/S7r3Cp8nrZ
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 23, 2020
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali turut tiba. @501Awani #HapusCOVID19 pic.twitter.com/hco4ZJbHgp
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 23, 2020
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut kelihatan tiba sekitar pukul 9.21 pagi @501Awani #HapusCOVID19 pic.twitter.com/hpSM2qXBTj
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 23, 2020
Media difahamkan mesyuarat turut membincangkan usaha kerajaan merangka strategi pemulihan dalam membantu Sabah yang terjejas akibat COVID-19.
Bagaimanapun, sejak semalam timbul desas-desus bahawa mesyuarat tersebut ada kaitan dengan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Namun, perkara itu belum disahkan.
Sebelum ini, Muhyiddin beberapa kali mengadakan Mesyuarat Kabinet melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19 selepas beliau menjalani kuarantin kendiri 14 hari.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Putra Perdana
#Mesyuarat khas Kabinet
#COVID-19
#sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional
#rangka strategi pemulihan
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan