awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdasama terus mainkan peranan majukan usahawan Bumiputera

Bernama
Bernama
28/12/2024
21:30 MYT
Perdasama terus mainkan peranan majukan usahawan Bumiputera
Mohd Azamanizam media pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 PERDASAMA. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) akan terus memainkan peranan sebagai pelengkap dan jambatan penghubung antara kerajaan dan usahawan bumiputera.
Presidennya Mohd Azamanizam Baharon berkata Perdasama yang kini mempunyai 27,263 ahli seluruh negara, sentiasa menyokong serta menjayakan segala perancangan dan gagasan sama ada di peringkat kerajaan negeri atau pusat, demi memperkasakan usahawan bumiputera.
Pada masa sama, beliau berharap kerajaan sentiasa melibatkan badan atau persatuan bukan kerajaan (NGO) dalam merangka dasar khususnya berkaitan bumiputera, demi memastikan pelaksanaan yang lebih komprehensif menerusi Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).
"Kita harap penyertaan Perdasama dan rakan-rakan NGO Bumiputera yang lain dapat dilibatkan dalam merangka dan menentukan polisi-polisi kerajaan.
"Ini yang ingin kami bawa pada 2025, harapnya ada wakil kerajaan dapat hadir dalam mesyuarat yang melibatkan agenda Bumiputera ini," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-26 Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), di sini pada Sabtu.
Mengenai mesyuarat hari ini, Mohd Azamanizam berkata Perdasama mencadangkan agar skim bantuan atau geran oleh kerajaan diteruskan, khususnya kepada syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri teknologi tinggi, tenaga diperbaharui dan perniagaan berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Selain itu, beliau berkata Perdasama akan berusaha mengembangkan prospek pasaran ahli-ahli mereka ke peringkat lebih tinggi dan memanfaatkan peluang kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun hadapan.
"Pasaran domestik sebenarnya kita kena ada fokus di peringkat ASEAN, apatah lagi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025, jadi inilah masa dan ruang untuk Perdasama bersama dengan kerajaan," katanya .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdasama
#usahawan bumiputera
#Mohd Azamanizam Baharon
#Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan