Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat begitu mendahului peratusan undi bagi merebut satu dari tiga jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan yang bakal menjelang tiba.
Berdasarkan tinjauan undian yang dilakukan oleh laman sesawang AstroAWANI.com bermula pada 7 September lalu, Mukhriz dilihat mendahului dengan peratusan undi sebanyak 28.83 peratus atau 788 undi.
Mukriz secara rasminya mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk pemilihan jawatan Naib Presiden Umno di Alor Setar, Kedah semalam.
Menuruti beliau di tangga kedua ialah mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, iaitu sebanyak 26.64 peratus atau 728 undi manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berada di tempat ketiga dengan peratusan undi sebanyak 16.61 peratus atau 454 undi.
Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal pula berada di kedudukan keempat dengan peratusan undi sebanyak 16.61 peratus atau 352 undi.
Menteri Pertahanan yang juga penyandang jawatan tersebut, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Pengerusi Felda yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad mengisi slot dua terbawah dalam undian tersebut.
Penamaan calon bagi jawatan Majlis Tertinggi ialah pada 28 September manakala pemilihan akan berlangsung pada 19 Oktober. Perhimpunan Agung UMNO pula dijadualkan pada awal Disember ini.
Aizat Sharif
Fri Sep 20 2013
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Pejuang mohon sertai Perikatan Nasional
Keputusan itu tidak dibuat berseorangan, sebaliknya mendapat persetujuan Majlis Eksekutif Pusat (MEP) Pejuang dua hari lalu.
69 Ketua UMNO DUN Bukit Lada setuju Mukhriz lepas jawatan jika tidak sokong Najib
Mereka nasihatkan Ahmad agar tidak menarik balik kenyataan yang disiarkan menerusi media massa sebelum ini serta tidak membuat permohonan maaf.
Perebutan jawatan Naib Presiden Umno: Mukhriz paling digemari 'netizen'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat begitu mendahului peratusan undi bagi merebut satu dari tiga jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan yang bakal menjelang tiba.