awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perempuan itu pandu sambil tengok telefon bimbit', dakwa remaja berbasikal

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2017
11:29 MYT
'Perempuan itu pandu sambil tengok telefon bimbit', dakwa remaja berbasikal
Kereta itu laju dan kami yang tengah berkumpul di kawasan itu tidak dapat mengelak, kata saksi lapan remaja maut berbasikal di Johor. - fotoBERNAMA
Kereta itu laju dan kami yang tengah berkumpul di kawasan itu tidak dapat mengelak.
Demikian kata saksi kejadian juga rakan mangsa, Muhammad Aiman Sulaiman, 16 tahun yang turut sama dalam aktiviti berbasikal pada malam kejadian.
Aiman mendakwa, dia nampak wanita yang merempuh kumpulan berbasikal itu sedang menggunakan telefon bimbit ketika kejadian.
“Selepas tu ada kereta dari belakang, saya memang tidak sedap hati selepas itu ada kereta, pemandunya sedang main telefon.
“Saya tidak sedap hati. Selepas itu saya panggil kawan saya (arwah), tiba-tiba kereta langgar semua orang.
“Semuanya terlalu pantas, saya macam tidak percaya, dua orang di bawah kereta,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian jenazah Muhammad Firdauz di Tanah Perkuburan Islam Kebun The di sini hari ini.
BACA: Pemandu terlibat tragedi berbasikal tidak guna telefon bimbit - Polis
Tambah Aiman, dia merasa trauma kerana melihat kawan baiknya, Muhammad Firdauz Danish M.Azahar berada di bawah kereta terbabit selepas dirempuh.
Katanya, dia sempat mengelak daripada rempuhan tersebut dan tidak akan berbasikal lagi selepas ini.
Jelasnya, ketika kejadian kesemua rakannya sedang berkumpul untuk ke Dataran Johor Bahru dan tidak berlumba seperti yang dikatakan.
Dalam kemalangan kira-kira jam 3 pagi itu, lapan remaja maut, dua kritikal manakala enam lain cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita berusia 22 tahun di Jalan Lingkaran Dalam.
Topic Berkaitan
#basikal
#dirempuh
#jalan lingkaran dalam
#maut
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan