awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergerakan anggota Daish Malaysia cuba pulang dipantau - Polis

Bernama
Bernama
18/10/2016
23:17 MYT
Pergerakan anggota Daish Malaysia cuba pulang dipantau - Polis
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya tidak akan membenarkan anggota militan Daish ini sewenang-wenangnya keluar dan masuk ke negara ini. - Foto Bernama
Pergerakan kira-kira 59 rakyat Malaysia yang menyertai militan Daish di luar negara dipantau susulan kemungkinan mereka cuba pulang selepas serangan tentera bersekutu di kubu kuat Daish di Mosul, Iraq, semalam.
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya tidak akan membenarkan anggota militan Daish ini sewenang-wenangnya keluar dan masuk ke negara ini.
"Kami sentiasa menjalankan pemantauan terhadap anggota militan Daish tidak kira daripada Malaysia atau dari negara luar.
"Sekiranya mereka cuba masuk ke dalam negara, pihak polis akan dapat kesan dan tahan mereka dengan segera," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan kemungkinan terdapat anggota kumpulan militan Daish, termasuk dari Malaysia, cuba pulang ke negara asal selepas serangan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat terhadap kubu kuat Daesh di Mosul, Iraq, bermula semalam.
Selain itu, Mohamad Fuzi berkata kerajaan juga baru-baru ini telah membatalkan kesemua pasport rakyat Malaysia yang menyertai kegiatan Daish.
"Tindakan ini menyebabkan peluang untuk mereka balik sukar dan jika mereka cuba berbuat demikian sudah semestinya mereka akan ditahan di negara lain," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan anggota militan ini cuba memasuki negara secara haram, beliau berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di seluruh negara untuk memastikan perkara seperti itu tidak berlaku.
"Kita mempunyai maklumat risikan boleh dipercayai dan akan tahu sekiranya mereka cuba pulang menggunakan jalan haram," katanya.
Semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata Malaysia memantau rapat serangan tentera bersekutu diketuai oleh Amerika Syarikat terhadap kubu kuat Daesh di Mosul.
Media melaporkan Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi mengumumkan serangan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat bagi menawan semula pusat pemerintahan Daesh di Mosul. - Bernama
Topic Berkaitan
#daish
#Iraq
#Malaysia
#militan
#Mohamad Fuzi Harun
#Mosul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan