Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan memperhalusi cara menangani wabak rabies atau anjing gila yang kian serius di negeri ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata sudah tiba masanya pendekatan baharu perlu diambil bagi menangani masalah tersebut memandangkan ia telah meragut banyak nyawa.
"Justeru, lawatan kerja saya ke Sarawak ini adalah untuk berbincangkan hal berkaitan dengan wabak Rabies disamping mencari langkah segera memeranginya bersama-sama dengan Timbalan Ketua Menteri serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada keesokan hari," katanya kepada pemberita semasa mengadakan Lawatan Kerja ke Klinik Gigitan Anjing Dan Wad Pengasingan Penyakit Berjangkit di Hospital Umum Sarawak di sini, hari ini.
Setakat ini, kes disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak pengisytiharan wabak itu pada 1 Julai 2017 sehingga 18 Jan 2019 adalah 17 kes termasuk 16 kematian.
Mengulas lanjut mengenai status terkini pembinaan Hospital Petra Jaya, Lee berkata proses tender sudah dibuat dan pembinaan akan disambung selewat- lewatnya menjelang pertengahan tahun ini.
"Kementerian ambil maklum mengenai permasalahan dan kesesakan yang di hadapi oleh Hospital Umum di bandar utama di seluruh negeri ini.
"Oleh itu, Kementerian berusaha untuk mempercepatkan mana-mana projek hospital dan klinik-klinik di negeri ini bagi mengatasi kesesakan yang dihadapi sekarang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Lee berkata, pembinaan Klinik Tabuan Jaya dan Klinik Siburan juga turut akan dimulakan pada tahun ini manakala Klinik Serian pada tahun hadapan, dengan kos pembinaan masing-masing berjumlah RM30 juta dan RM40 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 24 2019
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye (tiga,kiri) ketika melawat ke Klinik Gigitan Anjing Dan Wad Pengasingan Penyakit Berjangkit di Hospital Umum Sarawak di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.
Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.
NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.
NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.
Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.
Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.
SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.
MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand
Pengarah Negeri Kedah Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan di laluan kenderaan mendapati seorang rakyat tempatan cuba membawa masuk haiwan-haiwan tersebut dari Thailand.