JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian berdekatan sebuah kilang jubin di Jalan Kluang-Renggam dekat Kluang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata usaha bagi menangkap gajah dewasa tersebut telah dilakukan sejak dua minggu lepas menerusi Ops Translokasi gajah Liar.
"Gajah ini telah merosakkan tanaman pertanian di kawasan berdekatan kilang jubin, di mana kawasan tersebut terletak di laluan penghijrahan gajah ini.
"Proses pemindahan gajah memang tidak mudah, selepas dua minggu 'berkampung', Perhilitan mengadakan operasi penangkapan. Akhirnya dua ekor gajah jantan dewasa tersebut berjaya ditangkap dan dipindahkan ke kawasan Taman Negara," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata berdasarkan statistik Jabatan Perhilitan Johor, terdapat kira-kira sehingga 150 ekor gajah di seluruh negeri itu terutama di sekitar daerah Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing, sekali gus berharap ia dapat ditempatkan di Pusat Perlindungan Gajah seluas 73 ekar (29.2 hektar) di Kota Tinggi.
Sementara itu, Ling berkata Perhilitan Johor menerima lebih 1,500 aduan berhubung gangguan haiwan liar pada setiap tahun sejak 2020 sehingga tahun lepas dengan kebanyakannya berkaitan gangguan monyet liar, diikuti babi hutan dan gajah.
Perhilitan Johor katanya, hanya mempunyai kira-kira 110 pegawai dari pelbagai peringkat setakat ini, yang bertanggungjawab untuk pentadbiran, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, perlindungan, dan penangkapan haiwan.
Bagi gajah, Perhilitan mempunyai pasukan khas yang terlatih untuk mengusir dan menangkap haiwan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Usaha bagi menangkap gajah dewasa tersebut telah dilakukan sejak dua minggu lepas menerusi Ops Translokasi gajah Liar. - Gambar hiasan/BERNAMA
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Saya kehilangan sahabat baik - TPM Fadillah
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang miliki prinsip ke arah reformasi Parlimen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal .
Gerawat Gala sebak kehilangan teman sejati
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Gerawat Gala tmenyifatkan Datuk Mutang Tagal yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi.
Majlis penghormatan terakhir untuk Mutang pada Ahad
Jasad Datuk Mutang Tagal dijangka tiba di Miri pada jam 10.30 pagi Ahad dan akan terus dibawa ke Gereja Bem Jalan Airport untuk upacara penghormatan terakhir.
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam
Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2024 Masihi lambang manifestasi komitmen kerajaan memastikan syiar Islam terus dipertahan.
Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan, hanya lima kenderaan rosak akibat ditimpa pokok berkenaan selain pagar bangunan itu turut rosak.
Perhilitan pindah gajah rosak tanaman penduduk di Hulu Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik di Hulu Besut hari ini.
Mahu kongsi khasiat, bekas guru agama buka ladang dhab pertama di Malaysia
Seorang bekas guru agama membuka sebuah ladang ternakan dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia yang pertama di negara ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah liar di Kampung Tal Tujuh, Jerangau, semalam.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan
Makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima APM pada jam 3.15 pagi.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.
Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.
Gajah sesat terlibat kemalangan berjaya ditangkap - Polis
Gajah itu ditangkap Perhilitan Besut di sekitar Telaga Papan pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Pengurus resort didenda simpan hidupan liar tanpa lesen, permit
Seorang pengurus resort didenda RM2,500 atas tiga pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen dan permit.