awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan Negeri Sembilan tangkap tapir seberat 300 kilogram

Bernama
Bernama
27/07/2021
04:36 MYT
Perhilitan Negeri Sembilan tangkap tapir seberat 300 kilogram
Tapir tersebut berada dalam keadaan sihat dan dirawat oleh pegawai veterinar Jabatan Perhilitan terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke kawasan Hutan Simpan Kenaboi. - Perhilitan Negeri Sembilan
SEREMBAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menangkap seekor tapir Malaya betina seberat 300 kilogram selepas memasuki perangkap di Felda Pasoh 2, Simpang Pertang, pada 18 Julai lepas.
Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, perangkap tersebut telah dipasang sejak 17 Julai susulan aduan penduduk mengenai kelibat seekor tapir Malaya tersebut di lokasi berkenaan pada tiga hari sebelumnya.
"Siasatan awal mendapati tapir berkenaan datang untuk makan buah macang berdekatan dengan rumah kakitangan Felda Pasoh 2 dan berkemungkinan bau buah itu menarik perhatian tapir itu.
"Kawasan tersebut berhampiran dengan hutan belukar serta ladang kelapa sawit," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata haiwan itu memasuki perangkap pada 8 pagi dan sebaik menerima maklumat itu, 10 anggota Perhilitan Negeri Sembilan dihantar ke Felda berkenaan untuk memeriksa perangkap tersebut.
Katanya pada tahun ini, empat tapir Malaya atau nama saintifiknya Tapirus Indicus telah diselamatkan daripada diancam kepupusan.
Beliau berkata tapir tersebut berada dalam keadaan sihat dan dirawat oleh pegawai veterinar Jabatan Perhilitan terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke kawasan Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu pada hari yang sama bagi memastikan spesiesnya terjaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tapir
#Perhilitan
#Negeri Sembilan
#tapir Malaya
#felda pasoh 2
#Simpang Pertang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan