TANAH MERAH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap empat ekor gajah liar di Kampung Peralla 1 di sini, Rabu lepas.
Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata tangkapan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada penduduk terdapat sekumpulan gajah liar berkeliaran dan merosakkan pokok kelapa sawit di kawasan berkenaan.
"Hasil tinjauan di lokasi mendapati 10 ekor haiwan liar itu telah bergerak ke kawasan kebun getah penduduk.
"Susulan itu, dua ekor gajah betina dewasa bersama dua ekor anak kecil berjaya ditangkap menggunakan ubat pelali.
"Kita mendapati gajah liar itu adalah dari ID Tapis yang mendiami Hutan Simpan Air Satan dan Hutan Simpan Jedok," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohamad Hafid berkata gajah liar berkenaan didapati sering menceroboh beberapa kampung sekitar antaranya Kampung Peralla, Air Berdang, Air Kerla, Bukit Pauh, Bukit Durian, Kelisar dan Kampung Lepan Bola.
"Hasil pertanian yang telah dimusnahkan oleh kumpulan gajah liar ini ialah kelapa sawit, kelapa, getah dan pisang yang dianggarkan bernilai RM150,000.
"Empat ekor gajah liar akan dipindahkan ke habitat asal yang jauh dari penempatan manusia dan operasi pemindahan akan dilakukan dalam masa terdekat oleh Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Lanchang, Pahang," katanya.
Beliau berkata dengan kejayaan operasi tangkapan itu dapat mengurangkan kerugian hasil pertanian dan memberikan rasa selamat kepada penduduk setempat.
"Orang ramai disarankan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Hasil tinjauan di lokasi mendapati 10 ekor haiwan liar itu telah bergerak ke kawasan kebun getah penduduk. -Gambar fail/Twitter Bernama
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
Keputusan analisis ke atas harimau baham dua lelaki dijangka diketahui dua, tiga minggu lagi
Keputusan itu akan diperoleh setelah melalui beberapa proses pemeriksaan terhadap harimau tersebut, termasuk pengambilan sampel DNA dari najis haiwan.
Perhilitan Selangor pasang kamera jejak harimau di Bukit Permata
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memasang satu perangkap kamera di kawasan perumahan Bukit Permata, Batu Caves.
Lindungi unsur nadir bumi, galian fokus baharu Operasi Bersepadu Khazanah
Segala khazanah negara perlu dipelihara dan dilindungi agar tidak diceroboh serta diterokai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.
NRES laksana kajian cegah harimau keluar habitat asal
NRES akan menjalankan kajian menyeluruh untuk mencegah atau mengelak harimau keluar dari habitat asalnya seterusnya mendatangkan kemudaratan kepada manusia.
Enam kes pencerobohan direkodkan di Taman Negara Terengganu
Seramai 13 individu termasuk warga Kemboja dan Vietnam ditangkap dan kes terbaharu melibatkan seorang warga Kemboja awal tahun ini.