awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan anti Lynas masih belum dapat kelulusan MPK

Bernama
Bernama
16/08/2019
12:18 MYT
Perhimpunan anti Lynas masih belum dapat kelulusan MPK
Polis telah memaklumkan keperluan mendapatkan kelulusan pemilik premis yang merupakan sebahagian daripada peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012,
Penganjur perhimpunan anti Lynas yang akan diadakan pada Ahad ini, difahamkan masih belum mendapat kebenaran daripada pemilik premis lokasi, tempat perhimpunan hendak diadakan.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata beliau difahamkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) selaku pemilik taman rekreasi, Taman Gelora di sini, masih belum meluluskan perhimpunan itu.
Polis telah memaklumkan keperluan mendapatkan kelulusan pemilik premis yang merupakan sebahagian daripada peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012, pada pertemuan bersama penganjur dan peguam mereka beberapa hari lalu, katanya.
"Mereka tahu keperluan mendapatkan kelulusan MPK selaku pemilik premis, namun setakat ini, saya dimaklumkan mereka masih belum memperoleh kebenaran," katanya di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Mohamad Noor mengingatkan penganjur untuk mematuhi keperluan tersebut dan segera memaklumkan polis, sebaik sahaja kebenaran untuk menggunakan Taman Gelora diperoleh.
Beliau berkata penganjur perlu mencari lokasi lain, sekiranya MPK tidak mengeluarkan kelulusan, kerana perhimpunan itu boleh dianggap tidak sah, sekaligus membolehkan tindakan diambil.
"Saya menasihatkan pihak yang terlibat untuk tidak menimbulkan sebarang pelanggaran undang-undang, dalam tindakan mereka. Patuhi undang-undang, malah peguam penganjur juga bersetuju untuk mematuhi peraturan, pada pertemuan sebelum ini," katanya.
Sementara itu, pengerusi kumpulan anti Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) Tan Bun Teet mendakwa, mereka telah membuat permohonan kepada MPK sejak dua minggu lalu, namun setakat ini masih belum menerima maklum balas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anti lynas
#Bantahan
#Lynas
#Penduduk
#penganjur
#perhimpunan
#proses nadir bumi
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan