KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang berarak ke bangunan Parlimen meskipun mengetahui Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 semalam telah ditangguhkan adalah perbuatan yang disengajakan walaupun mereka sedar ia tidak akan mengubah keputusan itu.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Professor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata tindakan mereka itu adalah untuk menarik perhatian ramai termasuk masyarakat antarabangsa.
"Himpunan ini secara jelas melanggari prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal. Gelagat Ahli Parlimen ini dikhuatiri boleh mempengaruhi mana-mana kumpulan yang selepas ini mahu mengadakan himpunan dan melanggari SOP.
"Ia tidak wajar buat masa sekarang ketika kes COVID-19 masih tinggi. Matlamat tidak menghalalkan cara dengan melanggar SOP... seperti yang saya katakan dahulu, adakah ahli politik ini kalis COVID-19?" katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Semalam, sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.
Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Pahang Dr Che Hamdan Che Mohd Razali, tindakan Ahli Parlimen terbabit adalah berniat untuk memberi tekanan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Masing-Masing dalam bertindak sudah memikirkan baik buruk. Namun kita dapat lihat bagaimana kegelojohan pemain politik ini memberikan imej dan contoh yang buruk bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa.
"Bagi pemain politik, mereka melihat impak dari segi jumlah Ahli Parlimen yang berkumpul pagi ini untuk melihat setakat mana sokongan terhadap blok pembangkang," katanya.
Penganalisis politik dan media sosial dari UiTM Shah Alam, Selangor Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy pula menegaskan tindakan pemimpin pembangkang berkumpul beramai-ramai sebagai protes susulan penangguhan sidang Parlimen adalah tindakan yang membahayakan ramai pihak.
"Daripada membahayakan banyak pihak dan menyebabkan pengikut mereka yang menyertai protes itu berdepan risiko, pembangkang seharusnya bertindak mengetepikan kepentingan politik serta berusaha untuk kesejahteraan negara dan rakyat terutama ketika ini yang menyaksikan kes COVID-19 terus meningkat," katanya.
Pakar Epidemiologi UPM Profesor Madya Dr Malina Osman juga berpendapat sebarang perhimpunan tidak harus dilakukan ketika ini bagi mengelak tercetusnya kluster baharu COVID-19.
"Sekarang ini, mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada kebaikan negara perlu berganding bahu mencari strategi penyelesaian COVID-19 dan bukan sekadar hendak mencari kesalahan.
"Masing-Masing kena fikir yang terbaik dan kerajaan pada masa sama juga perlu bersikap terbuka supaya perbincangan ke arah ini membuahkan hasil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021
Pakar Epidemiologi UPM Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat sebarang perhimpunan tidak harus dilakukan ketika ini bagi mengelak tercetusnya kluster baharu COVID-19. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Bapa bayi Adham akui masalah kewangan punca tidak bawa isteri ke klinik kesihatan
Bapa kepada bayi lelaki, Muhammad Adham Mikail yang mayatnya dibekukan oleh sebuah hospital swasta mengakui kekhilafan diri kerana tidak membawa isteri melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
Peniaga keropok rugi lebih RM200,000 terperdaya tawaran pinjaman peribadi dalam talian
Seorang peniaga keropok dalam talian mengalami kerugian lebih RM200,000 selepas terperdaya dengan tawaran pinjaman yang tidak wujud di media sosial.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.