KUALA LUMPUR: Jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, perkara tersebut akan dibangkitkan oleh Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Lim meminta perincian mengenai di negeri mana BlackRock mempunyai pelaburan serta implikasi kepada ekonomi negara sekiranya pelaburan syarikat itu sejak berpuluh tahun digugurkan.
Pada sesi yang sama, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) meminta Menteri Kesihatan menyatakan perbezaan program latihan kepakaran antara universiti tempatan dengan program latihan kepakaran luar negara (Parallel Pathway) serta anggaran kos kerajaan untuk menaja latihan kepakaran.
Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) pula mahu Menteri Luar Negeri menyatakan manfaat yang diperoleh Malaysia susulan pengukuhan semula hubungan dengan negara-negara Asia Tengah menerusi lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke beberapa negara di rantau itu pada pertengahan Mei lepas.
Pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan pula, Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) mahu Menteri Komunikasi menyatakan tindakan yang diambil untuk menangani isu penyebaran video dan gambar lucah di platform media sosial, yang juga bertujuan mempromosikan produk berkaitan seks.
Selain itu, Lo Su Fui (GRS-Tawau) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan perancangan untuk menyeragamkan harga barangan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak serta mekanisme menangani masalah penyeludupan barangan keperluan bersubsidi.
Isu kalimah Allah juga akan sekali lagi dibangkitkan di Dewan Rakyat apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) membangkitkan tentang status dan perkembangan terkini penubuhan Jawatankuasa Khas Teknikal dan Dokumentasi Undang-Undang untuk mengkaji 'kes Nik Elin' serta jawatankuasa bagi mengkaji isu tersebut.
Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024.
Turut tersenarai dalam aturan mesyuarat hari ini ialah bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 serta penyambungan semula perbahasan bagi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024.
Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024
Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. - Foto fail/BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Pelajar M40 kurang berkemampuan layak manfaat Program Siswa Sulung - Zambry
Program ini menyediakan pengecualian yuran pengajian dan penginapan untuk anak sulung daripada keluarga yang tidak berkemampuan.
Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.
Akta Harmoni Keagamaan, AI untuk Rakyat dan gejala rempit tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perbahasan Dewan Rakyat hari ini tumpu pada Akta Harmoni Keagamaan, program AI, bekalan tenaga hijau dan langkah atasi gejala rempit.
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Parlimen: Komitmen kerajaan ke atas syarikat memonopoli bekalan ubat akan dibatal
Kerajaan akan membatalkan komitmen pembelian ubat dengan beberapa syarikat yang memonopolikan pembekalan itu.