KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan selama 14 hari, sehingga 11 November depan.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, perintah berkurung yang sepatutnya berakhir esok itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Jelasnya, di antara 6 petang hingga 6 pagi, penduduk di kawasan-kawasan tersebut dilarang menghampiri atau berada di kawasan berkenaan.
"Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.
"Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan culik untuk tebusan (KFR) Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan," katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.
Idris berkata, perintah berkurung itu bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.
Selain itu, ia juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.
"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu," katanya.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Oct 26 2021

Perintah berkurung yang sepatutnya berakhir esok itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Catat jualan RM154 bilion pada Mac 2025
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh subsektor dalam perdagangan runcit dan borong.
Pembinaan pesawat rondaan maritim TUDM capai 60 peratus
Pembinaan dua buah pesawat rondaan maritim atau maritime patrol aircraft (MPA) model p-72m untuk Tentera Udara Diraja Malaysia kini telah mencapai kemajuan lebih 60 peratus.
Perubahan tarif AS-China beri kesan pengeluar sarung tangan
Sebarang perubahan dalam struktur tarif antara Amerika Syarikat dan China dijangka memberi kesan langsung kepada pengeluar sarung tangan di Malaysia.
Apple pertimbang naikkan harga iPhone baharu
Apple sedang mempertimbangkan menaikkan harga produk iPhone baharu sejajar dengan penambahan ciri-ciri baharu dan perubahan reka bentuk.
Mexico bantah penggantungan import lembu oleh A.S.
Mexico menyatakan bantahan terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk menggantung import haiwan ternakan berikutan kebimbangan terhadap kehadiran cacing skru.
Pelan Kemajuan Halal 2030 bakal dilancarkan tahun ini
Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 sedang diperhalusi dan akan dilancarkan tahun ini, bagi memperkasakan ekosistem halal negeri secara menyeluruh.
Keputusan subsidi RON95 akan ambil kira ekonomi semasa
Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95.
UMS wujudkan Grid Centre pertama di Kepulauan Borneo
Universiti Malaysia Sabah (UMS) wujudkan pusat data infrastruktur hijau tahan lasak atau grid center yang pertama di kepulauan Borneo.

Nahas FRU: Kerosakan lori tidak patut berlaku jika ujian Puspakom dipatuhi - Ahmad Zahid
Perkara itu tidak akan berlaku jika kenderaan tersebut menjalani pemeriksaan secara berkala.
Perkembangan nahas trak FRU
Khalis Khadir bawakan perkembangan terkini nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Perskeutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak.

Perintah berkurung di Esszone disambung hingga 11 November
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan selama 14 hari, sehingga 11 November depan.