awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April

Bernama
Bernama
25/03/2022
15:58 MYT
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah dari 6 petang hingga 6 pagi itu membabitkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. - Gambar fail/ Bernama
LAHAD DATU: Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah dari 6 petang hingga 6 pagi itu membabitkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
"Penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dikehendaki berada di rumah manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki (atau berada) di kawasan tersebut dalam tempoh berkenaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata perintah itu diteruskan bagi memastikan perairan terbabit tidak diceroboh pengganas sekali gus mengancam keselamatan penduduk serta penyelidik antarabangsa dan pelancong asing di kawasan berhampiran.
"Maklumat mendapati kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk mendapatkan tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan lain," katanya.
Idris berkata perintah berkurung juga akan memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot dan menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada penduduk dengan kehadiran pasukan keselamatan.
Beliau juga berkata Ketua Polis Daerah di ESSzone diberi kuasa mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk bergerak di kawasan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSZONE
#perintah berkurung
#Sabah
#Abu Sayyaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan