awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 7 September

Bernama
Bernama
22/08/2022
09:55 MYT
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 7 September
Datuk Idris Abdullah berkata perintah dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. - Gambar fail
LAHAD DATU: Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 7 September ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
"Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terlibat tidak diceroboh pengganas, sekali gus mengancam keselamatan penduduk termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan, serta pelancong asing melawat pulau peranginan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh perairan terlibat untuk melakukan penculikan serta lain-lain jenayah rentas sempadan.
Idris berkata perintah berkurung itu juga, akan memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot dan menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada penduduk maritim dengan kehadiran pasukan keselamatan.
Dalam pada itu, katanya semua Ketua Polis Daerah di ESSZone diberi kuasa mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk melalui kawasan perintah berkurung itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perintah berkurung
#ESSZONE
#Idris Abdullah
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan