awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perisian Kaspersky diharamkan di Amerika Syarikat

Amanz
Amanz
21/06/2024
01:40 MYT
Perisian Kaspersky diharamkan di Amerika Syarikat
Kaspersky Lab ditubuhkan pada 1997, menawarkan perisian antivirus, keselamatan internet, pengurusan kata laluan dan pelbagai lagi produk keselamatan siber. - Foto Amanz
AMERIKA Syarikat hari ini mengharamkan penjualan semua aplikasi keluaran Kasperksy Lab atas sebab-sebab keselamatan.
Kaspersky dikatakan mendatangkan risiko sekuriti kerana didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Rusia dan boleh membantu menjadi agen intipan apabila perisian digunakan di Amerika Syarikat.
Pelesenan dan penjualan perisian baharu tidak lagi boleh dilakukan selepas 20 Julai sementara kemas kini perisian sedia ada tidak lagi boleh dilakukan selepas 29 September.
Tempoh 100 hari diberikan selepas pengumuman pengharaman bagi membolehkan perniagaan yang menggunakan perisian Kaspersky mencari alternatif dalam masa terdekat.
Sebelum ini perisian yang dibangunkan Kaspersky hanya diharam digunakan pada perkakasan dan rangkaian milik kerajaan sahaja, juga atas faktor keselamatan.
Penjualan perisian aplikasi pihak ketiga yang mengintegrasikan perkhidmatan Kaspersky juga turut diharamkan di Amerika Syarikat.
Selain mengharamkan urusan perniagaan dengan Kaspersky, Amerika Syarikat turut mengenakan sekatan ke atas dua syarikat Rusia dan satu di UK kerana didakwa membantu agensi risikan Rusia melakukan serangan siber.
Kaspersky Lab ditubuhkan pada tahun 1997 dengan menawarkan perisian antivirus, keselamatan internet, pengurusan kata laluan dan pelbagai lagi produk keselamatan siber.
Sejak konflik Ukraine-Rusia bermula dua tahun lalu, perniagaan Kaspersky Lab di Rusia telah dikenakan sekatan oleh Amerika.
Pengumuman hari ini menghalang kesemua perniagaan Kasperksy daripada berurusan di Amerika.
Sumber: Reuters
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#keselamatan siber
#Kaspersky
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan