Mulai 12.01 malam ini, tiada lagi bayaran tol di jajaran Kuala Lumpur - Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan, kata Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir. Ismail Md Salleh.
Menurut Ismail, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran itu, bayaran tol di semua laluan keluar masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 1 hingga 50 peratus (atau di antara RM0.40 hingga RM1.70) bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan sekali gus menjadikannya lebih murah.
"Penamatan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.
"Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
LLM menasihatkan pengguna agar mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.
"Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi," katanya lagi.
Astro Awani
Thu May 31 2018
Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja. - Gambar fail
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Peruntukan RM800,000 baik pulih runtuhan cerun Jerantut-Benta
Pihak KKR kini sedang membuat kajian dan penilaian berkaitan runtuhan cerun yang berlaku di kawasan berkenaan.
Kerajaan lanjutkan tempoh konsesi IWK hingga 31 Disember 2034
Perjanjian itu dilanjutkan berdasarkan prestasi cemerlang IWK dalam menguruskan aset-aset utama sistem pembetungan.
Pengambilalihan semula lebuh raya dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini
Isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan diajukan oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) kepada Menteri Kanan Kerja Raya.
Jumlah sebenar tuntutan konsesi balak bernilai RM1.5 bilion - Sanusi
Tuntutan itu melibatkan kira-kira 40 syarikat dengan jumlah 131 kelulusan konsesi dan kawasan seluas 22,098 hektar di Hutan Simpan Ulu Muda.
Korea Selatan buat keputusan lepas status negara membangun di WTO
Terdapat sedikit kemungkinan bahawa komuniti antarabangsa boleh mengiktiraf Korea Selatan sebagai sebuah negara membangun dalam rundingan WTO pada masa akan datang.
Tun Mahathir nafi cadangan ambil alih lebuh raya bernilai RM6.2 bilion ditangguh
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal laporan yang menyatakan cadangan pengambilalihan konsesi empat lebuh raya bernilai RM6.2 bilion telah ditangguhkan. NILAI RM6.2 BLN
Kenapa ambil alih konsesi tol hampir tamat tempoh, soal senator
Khairul Azwan juga hairan apabila kerajaan mengatakan bahawa mereka mengambil alih konsesi berkenaan bagi menyelamatkan rakyat daripada kenaikan kadar tol.
PLUS tunggu keputusan kerajaan ambil alih konsesi lebuh raya
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata ini sejajar dengan kedudukan PLUS sebagai sebuah syarikat konsesi yang telah memeterai perjanjian terbabit dengan kerajaan.
Ambil alih empat lebuh raya tidak libatkan kos kerajaan - Guan Eng
Bayaran itu masih mampu dibuat meskipun kerajaan mengurangkan kadar tol pada waktu-waktu tertentu serta tanpa sebarang kenaikan tol pada masa depan.
Penstrukturan konsesi dapat jimat 50 peratus kadar tol
Penstrukturan semula atau penggabungan semua konsesi dapat menurunkan sehingga 50 peratus kadar tol di negara ini.