awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian langganan saham DNB dijangka ditandatangan dalam tempoh seminggu - Fahmi

Bernama
Bernama
17/11/2023
23:37 MYT
Perjanjian langganan saham DNB dijangka ditandatangan dalam tempoh seminggu - Fahmi
Fahmi bercakap pada sidang media di San Francisco, 17 Nov 2023. --fotoBERNAMA
SAN FRANCISCO: Perjanjian langganan saham (SSA) Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka ditandatangani dalam tempoh seminggu, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebarang butiran SSA antara pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dan DNB.
"Apabila kita kembali (daripada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik), dalam masa beberapa hari jika semuanya berjalan lancar, kita akan menyaksikan pemeteraian SSA untuk DNB bagi 5G," katanya kepada media di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini, pada Jumaat.
Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC dijadualkan berakhir semalam (17 Nov).
Mengenai pelaksanaan model dwi-5G, beliau mengulangi bahawa perkara itu hanya akan dilakukan selepas DNB mencapai liputan 80 peratus bagi kawasan berpenduduk.
"Itu akan berlaku selepas kita mencapai 80 peratus. Kita mencatatkan 73 peratus pada akhir Oktober," katanya.
Ketika ditanya jangka masa untuk liputan 80 peratus akan dicapai, Fahmi berkata ia akan dicapai sama ada pada penghujung Disember 2023 atau Januari 2024.
DNB, pemegang tunggal spektrum 5G Malaysia, telah komited untuk mencapai liputan 80 peratus menjelang akhir 2023.
Bagi menyokong matlamat bercita-cita tinggi itu, lima MNO -- CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd -- telah bersetuju untuk memperoleh pegangan ekuiti dalam DNB.
Kerjasama strategik ini akan mempercepat pelaksanaan dan penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Digital Nasional Bhd
#rangkaian 5G
#perjanjian langganan saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan