awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah

Bernama
Bernama
19/04/2024
13:15 MYT
Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup ketika memberi penghormatan terakhir mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew Kota Kinabalu hari ini. - BERNAMA
KOTA KINABALU: Perjuangan demi mengukuhkan perpaduan negara dan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama mendiang Tan Sri Joseph Kurup adalah antara kenangan abadi yang akan sentiasa diingati oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Justeru, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata beliau amat terasa kehilangan seorang sahabat karib dengan pemergian Joseph pada Rabu lepas dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
"Mendiang banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah dan Malaysia. Pengalaman saya bersama mendiang dalam Kabinet ialah beliau lemah lembut dan amat fokus kepada kerja... banyak sangat kenangan manis saya bersama mendiang.
"Saya secara peribadi kehilangan seorang kawan yang baik dan seorang pemimpin yang amat baik. Saya harap dan mendoakan segala kebaikan untuk mendiang serta keluarga," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di Wisma Fook Lu Siew di sini hari ini.
Terdahulu, ketibaan Fadillah disambut anak mendiang iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup sebelum bertemu ahli keluarga termasuk balunya, Puan Sri Melinda Mak Soak Fong.
Upacara penghormatan terakhir untuk Joseph, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional), akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini sebelum majlis pengebumian, yang dijadual pada Selasa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MA63
#amat fokus
#mengucapkan takziah
#kenangan abadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan