Kerjasama segenap masyarakat di Sarawak diperlukan bagi pastikan usaha memerangi COVID-19 berhasil.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengingatkan rakyat negeri itu agar tidak leka dan terus menjaga keselamatan bagi pastikan rantaian jangkitan virus berkenaan dapat diputuskan.
"Perjuangan kita menghadapi Covid-19 belum selesai.
"Daerah Kuching dan Samarahan kebelakangan ini telah menampakkan peningkatan jangkitan yang agak membimbangkan," kata Abang Johari.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kembara Merdeka 2020 di kompleks DUN Sarawak di sini.
Tambahnya lagi Kerajaan Negeri Sarawak menerusi melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) bersedia mengenakan langkah-langkah tertentu bagi mengekang jangkitan daripada terus menular.
Tegasnya usaha berkenaan bagaimanapun akan jadi sia-sia jika rakyat enggan bekerjasama.
Dalam perkembangan berkaitan polis Sarawak akan melaksana sekatan jalan raya bagi pastikan tiada pihak yang cuba melanggar larangan rentas zon.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar M.M Sree berkata individu yang mahu melakukan perjalanan rentas zon perlu memohon permit daripada polis sepertimana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
"Tapi yang ini khusus untuk antara Zon 1. Zon 1 adalah Kuching, Samarahan dan Serian. Tiga bahagian ni sahaja tidak boleh bergerak ke zon 2.
"Maknanya Samarahan tidak boleh bergerak ke Simunjan. Serian pun tidak boleh bergerak ke Sri Aman," jelasnya.
Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media pada Isnin memaklumkan pengecualian sekatan pergerakan yang dibenarkan antaranya bagi urusan rasmi, pekerja perkhidmatan penting, kematian ahli keluarga terdekat dan keperluan pemeriksaan kesihatan.
Astro Awani
Tue Jul 28 2020
Abang Johari berharap rakyat Sarawak beri kerjasama sewajarnya dalam memutuskan rantaian COVID-19 - Foto: Astro AWANI
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
RM10 juta untuk aplikasi pautan digital hospital di Sarawak - Abang Johari
Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM10 juta untuk memasang aplikasi pautan digital di semua hospital kerajaan di negeri itu.
Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Abang Johari nafi anaknya mahu ambil alih MYAirline
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menafikan laporan sebuah akhbar yang mengaitkan anaknya, Abang Abdillah Izzarim, sebagai bakal pelabur baharu MyAirline Sdn Bhd (MYAirline).
Sarawak komited ke arah ekonomi digital - Abang Jo
Kerajaan negeri komited dalam mencapai matlamat ke arah penggunaan ekonomi digital, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak tawar tapak pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia
Kerajaan Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menawarkan tapak bagi lokasi membangunkan pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia di negeri itu.
Bantuan Aidilfitri, bonus penjawat awam Sarawak hanya pada hujung tahun - Abang Jo
Kerajaan Sarawak hanya akan memberikan bantuan kewangan atau bonus kepada penjawat awam negeri itu pada hujung tahun, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak tunggu lesen untuk mulakan operasi syarikat penerbangan butik
Sarawak sedang menunggu kelulusan lesen daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi membolehkan syarikat penerbangan komersil milik penuh kerajaan negeri itu
Tujuh pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad - Acryl Sani
Tujuh lokasi pos kawalan sempadan baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Sarawak serah pada PM tentukan bila PRU15 sesuai diadakan - Abang Johari
Sarawak tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengadakan pilihan raya sekiranya Parlimen dibubarkan, kata Premier Sarawak.
Belawai mampu jadi seperti Hawaii - Premier Sarawak
Belawai, sebuah penempatan pesisiran pantai di bahagian tengah Sarawak boleh dibangunkan sebagai lokasi pelancongan yang dapat menandingi pusat pelancongan luar negara, seperti Hawaii.