awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad - Acryl Sani

Bernama
Bernama
22/06/2022
06:49 MYT
Tujuh pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad - Acryl Sani
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Tujuh lokasi pos kawalan sempadan baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Katanya pihaknya juga telah mendapatkan pandangan dan persetujuan bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai lokasi pos tersebut yang dicadang dibina di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak.
Menurutnya, peruntukan untuk membina pos kawalan baharu itu juga telah diluluskan kerajaan dan ia harus dibelanjakan pada tahun ini.
"Oleh sebab itu, kita berbincang dengan Abang Johari bagi memastikan lokasi pos ini betul-betul sesuai, strategik dan dapat memainkan fungsi dan peranannya dengan baik.
"Di samping itu, kita juga mahu pos tersebut menyediakan perkhidmatan polis asas seperti tempat membuat laporan polis buat penduduk di kawasan berdekatan pos tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan kerajaan Sarawak bagi membina jalan rondaan sempadan untuk membolehkan pihak berkuasa seperti PGA membuat rondaan dan tinjauan.
Sementara itu, mengulas mengenai kekuatan anggota di Sarawak, beliau berkata satu batalion baharu PGA di Sri Aman akan dibuka bagi mengukuhkan keanggotaan selain meningkatkan kawalan di negeri itu.
"Usaha pembukaan batalion PGA di Sri Aman kini dalam peringkat akhir dan kita sedang mendapatkan jawatan (isi jawatan) di sana. Apabila sudah beroperasi nanti, kita akan mampu mengukuhkan lagi kawalan di Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pos sempadan
#PGA
#Sarawak
#Ketua Polis Negara
#Acryl Sani
#Abang Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan