awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belawai mampu jadi seperti Hawaii - Premier Sarawak

Bernama
Bernama
28/05/2022
12:18 MYT
Belawai mampu jadi seperti Hawaii - Premier Sarawak
Kerajaan negeri Sarawak bersedia membangunkan Belawai sebagai lokasi pelancongan yang setanding Hawaii. - Gambar hiasan/ Unsplash
KUCHING: Belawai, sebuah penempatan pesisiran pantai di bahagian tengah Sarawak kira-kira 480km ke utara dari sini, boleh dibangunkan sebagai lokasi pelancongan yang dapat menandingi pusat pelancongan luar negara, seperti Hawaii, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata dengan keadaan pantai semulajadinya yang indah, kerajaan negeri bersedia untuk membangunkan infrastruktur seperti projek tebingan sungai, dan pelbagai kemudahan lain bagi menarik kehadiran pelancong ke kawasan itu.
"Selain waterfront, kita boleh juga membina motor home park untuk tempat parkir motorhome serta tempat menyambung bekalan elektrik dan air. Kalau kita dapat buat di sini, seperti negeri orang putihlah Belawai ni. Belawai jadi Hawaii," katanya.
Berucap di Majlis Hari Raya Aidilfitri di Belawai hari ini, beliau berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi menterinya Datuk Seri Nancy Shukri bercadang untuk mempromosikan pelancongan menggunakan konsep motorhome atau van perkhemahan ini.
"Dengan siapnya projek Jalan Pesisiran Sarawak nanti, mudahlah pelancong datang ke sini menggunakan motorhome mereka, dan rakyat di sini juga akan memperolehi rezeki daripada kedatangan mereka," tambah Abang Johari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belawai
#Hawaii
#Premier Sarawak
#Abang Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan