awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perjuangan saya belum selesai' luah Anina selepas digugurkan dari UMNO

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
02/09/2015
09:55 MYT
'Perjuangan saya belum selesai' luah Anina selepas digugurkan dari UMNO
Ahli UMNO Cawangan Kampung Padang Matsirat, Langkawi Anina Saadudin mengambil media sosial untuk meluahkan rasa hatinya selepas beliau digugurkan keahliannya, berkuatkuasa 2 September. -Foto: Facebook Anina Saadudin
Bekas ahli UMNO Cawangan Kampung Padang Matsirat, Langkawi Anina Saadudin menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa hatinya selepas beliau digugurkan keahliannya, berkuatkuasa 2 September.
Kira-kira 24 jam selepas Anina digugurkan keahliannya, beliau mencurahkan rasa hatinya dengan menulis sebuah sajak di laman Facebooknya.
Anina melalui sajak itu berkata, ia adalah takdir Allah untuk menjadikannya anak Melayu serta anak Malaysia, jadi ia adalah tanggungjawab beliau untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara Malaysia.
“Bukan ku minta lahir ke dunia, Bukan ku minta menjadi Melayu, Bukan ku minta menjadi rakyat bumi Malaysia, Kasih ku pasak utk bumi tercinta Demi Allah yg mentakdirkan aku menjadi anak Melayu, anak Malaysia…
Selagi hidupku di tentukan Allah utk bernyawa, selagi itu aku berjuang utk tanahair tercinta. Sumpah setiaku sebagai rakyat dan imanku sebagai umatNya, bergadai nyawa tetap aku pertahankan maruah agama, bangsa dan negaraku.
Salam perjuangan anak Malaysia.”
Anggota wanita UMNO Langkawi itu turut menegaskan bahawa beliau akan terus berjuang demi kesejahteraan negara.
“Perjuangan saya belum selesai. Saya akan terus berjuang dengan izin Allah swt. Salam pasak kasih untuk 28 juta rakyat Malaysia,” tulis Anina di laman Facebooknya.
fb
fb
Gambar dari Facebook Anina Saadudin fb
fb
Gambar dari Facebook Anina Saadudin
Pada 28 Ogos lalu, Anina memfailkan tuntutan saman yang meminta Najib menjelaskan perihal penerimaan derma politik bernilai RM2.6 billion dalam akaun peribadinya.
Najib bagaimanapun sudah menjelaskan wang itu bukan untuk kepentingan peribadi.
Tuntutan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Keahliannya dalam UMNO digugurkan kerana tindakannya disifatkan melanggar Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO.
Topic Berkaitan
#Anina Saadudin. UMNO
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan