Perkahwinan di antara rakyat tempatan dengan warga asing yang dilaksanakan mengikut kehendak hukum syarak khususnya di negeri ini, adalah diharuskan bagi mengelak berlakunya perkara yang bertentangan dalam agama Islam.
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, dalam masa yang sama pasangan yang terlibat perlu membuat satu pengesahan yang diperakukan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya memudahkan urusan pada masa akan datang.
"Kita cuma mahu menyelesaikan masalah ini mengikut hukum syarak bagi kes-kes yang berkaitan. Katalah kalau ada orang hendak berkahwin, jika kita tidak benarkan, mereka akan berzina pula.
"Oleh kerana itu kita terpaksa kahwinkan mereka juga, namun bila sudah berkahwin, ia akan menyalahi undang-undang Imigresen pula (jika tidak melakukan mengikut prosedur), itu tidak boleh selesai... kalau dah berkahwin dan tidak daftar, akan jadi masalah kemudian hari termasuk persekolahan anak-anak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Penubuhan Sekretariat NGO Islam Pahang di sini, hari ini sebagai mengulas tentang tindakan yang boleh dikenakan terhadap wanita tempatan yang berkahwin dengan warga asing tanpa mematuhi syarat dan prosedur perkahwinan ditetapkan Jabatan Imigresen.
Katanya, perkara itu telah dibincangkan dengan mendalam pada mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Resam negeri Pahang (MUIP) baru-baru ini.
"Dari segi hukum syarak kita sudah lepas (tanggungjawab) namun perkara berkaitan undang-undang Imigresen kita kurang pasti.
"Jika pihak penguatkuasa (Imigresen) hendak mengambil tindakan ke atas pasangan yang terlibat mereka boleh buat kerana itu merupakan sebahagian daripada tugas mereka tetapi dari aspek agama pula mereka diharuskan berkahwin," katanya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed dalam kenyataan dilaporkan berkata wanita tempatan yang berkahwin dengan warga asing tanpa mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen boleh dikenakan tindakan kerana melindungi pendatang tanpa izin.
Ia merupakan kesalahan mengikut Seskyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau enam sebatan.
Malah Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) buruh berkenaan boleh terbatal secara automatik dan perlu meninggalkan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2017
Perkahwinan di antara rakyat tempatan dengan warga asing yang dilaksanakan mengikut kehendak hukum syarak khususnya di negeri ini, adalah diharuskan bagi mengelak berlakunya perkara yang bertentangan dalam agama Islam. -Gambar hiasan
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Pelanggaran pada struktur titik kritikal mungkin sebabkan nahas helikopter - Pakar
Titik kritikal sesebuah pesawat yang terjejas akan akibatkan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabkan ia kehilangan aerodinamik.
AWANI Tonight: Is global net zero target in jeopardy?
The Energy Industries Council (EIC) highlights the widening gap between the industry's current reality and the ambitious global net zero targets set by policymakers to be achieved by 2050 as well as what it takes to fulfil the commitment.
Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Perkahwinan dengan warga asing diharuskan untuk elak zina - Mufti Pahang
Pasangan yang terlibat perlu membuat satu pengesahan yang diperakukan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).