Perkahwinan pada usia muda dalam kalangan kanak-kanak tidak digalakkan di negara ini kerana ia hanya akan memberi kesan terhadap perkembangan kesihatan dan psikologi mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata masyarakat dan ibu bapa harus sedar mengenai keadaan mental dan kesediaan fizikal apabila anak mereka mahu berkahwin pada usia muda.
"Kesedaran mengenai had dan mekanisme seksual untuk menangguhkan perkahwinan sehingga kanak-kanak itu benar-benar bersedia, perlu ditekankan.
"Anak perempuan dan lelaki perlu dididik tentang tanggungjawab apabila berkahwin di peringkat awal dengan berkongsi persediaan yang perlu ketika memasuki alam perkahwinan," katanya pada majlis perasmian pameran foto 'Girl's Voices: Speaking Out Against Child Marriage', di sini pada Khamis.
Rohani berkata perkahwinan mempunyai banyak elemen seperti tanggungjawab bersama dan kedudukan kewangan yang stabil untuk menjadikannya ikatan yang indah.
Rohani berkata seseorang tidak harus melihat kelewatan sebagai sesuatu yang negatif terutama apabila mahu membina keluarga, tetapi bagi memastikan anak-anak berkahwin pada waktu dan umur yang sesuai.
"Jangan kita cemarkan keindahan institusi keluarga, keharmonian dan permulaan membina sebuah keluarga," katanya.
Pameran empat hari di Berjaya Times Square yang bermula pada Khamis dianjurkan kerajaan Kanada dengan kerjasama gabungan badan bukan kerajaan, Girls not Brides, akan berlangsung sehingga 28 Februari.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Judith St George berkata pameran tersebut menampilkan kisah gadis yang memperjuangkan hak mereka, dan anggota masyarakat memberi sokongan kepada perubahan mereka.
Judith berkata walaupun kadar tertinggi perkahwinan melibatkan kanak-kanak di Afrika dan Asia Selatan, tiada negara yang 'kebal' terhadap masalah tersebut termasuk di Malaysia dan Kanada.
"Menjadi harapan kami ia akan menggalakkan dialog mengenai perkahwinan kanak-kanak, dan memberi hak bersuara kepada mereka yang menghadapi masalah itu," katanya.
Bernama
Fri Feb 26 2016
Perkahwinan dalam usia muda terutamanya kanak-kanak tidak digalakkan - Gambar Fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ada padah muat naik gambar anak di media sosial
Keterujaan ibu bapa memuat naik gambar anak mereka di media sosial boleh mengundang padah.
Bapa curi baju sekolah tidak layak untuk bantuan JKM - Rohani
Seorang bapa yang ditahan selepas didapati mencuri pelbagai barangan termasuk keperluan persekolahan di sebuah pasar raya di Johor Bahru semalam tidak layak sebagai penerima bantuan JKM.
Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew
Kerajaan bercadang menetapkan syarat kelayakan pengasuh taska untuk pendaftaran baharu mesti mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
KPWKM sedia latihan kemahiran, bantu gelandangan dapat kerja - Azizah
Bantuan berterusan melibatkan pelbagai kementerian sentiasa diberikan ke institusi-institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti Desa Bina Diri (DBD).
'BNM ambil insiatif insurans OKU' - Rohani
Ia termasuk persetujuan sebuah syarikat insurans yang memperkenalkan pelan insurans hayat dan boleh diperbaharui setiap tahun.
Pusat jagaan perlu perbaharui pendaftaran mengikut status penghuni
Semua pusat penjagaan kebajikan perlu memperbaharui pendaftaran pusat jagaan mengikut status semasa penghuninya, sama ada dihuni golongan dewasa atau kanak-kanak.
KPWKM harap bomba luluskan taska di tingkat atas bangunan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan bagi membenarkan taska diwujudkan di tingkat atas bangunan
Pindaan Akta Kanak-kanak perlu diwarta secepat mungkin - Azizah
Kami mahu pindaan akta ini digazet secepat mungkin supaya ia boleh dikuatkuasakan, kata timbalan menteri Datuk Azizah Mohd Dun.
Rakyat perlu diberi perhatian kerana miliki 'kuasa' - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata kuasa rakyat itu akan diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada kerajaan pada setiap kali PRU.
Perkahwinan usia muda tidak digalak terhadap kanak-kanak
Perkahwinan pada usia muda dalam kalangan kanak-kanak tidak digalakkan di negara ini kerana ia hanya akan memberi kesan terhadap perkembangan kesihatan dan psikologi mereka.