awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkasa pelancongan komuniti, semai budaya niaga penduduk

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
06/06/2022
04:00 MYT
Perkasa pelancongan komuniti, semai budaya niaga penduduk
Pelancongan berasaskan komuniti perlu diperkasakan bagi mempelbagaikan produk yang mampu menjana pendapatan serta menyemai budaya niaga dalam kalangan penduduk luar bandar. -Astro AWANI
SETIU: Pelancongan berasaskan komuniti perlu diperkasakan bagi mempelbagaikan produk yang mampu menjana pendapatan serta menyemai budaya niaga dalam kalangan penduduk luar bandar.
Menurut Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Iskandar Mirza, melalui inisiatif berkenaan, aktiviti harian penduduk tempatan terutama adat, budaya, tradisi dan makanan dapat dipromosikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
Menurut Iskandar, experiential tourism ialah konsep pelancongan yang memberikan pengalaman menarik kepada pelancong dan semakin popular di seluruh dunia.
"Ini mengetengahkan community-based tourism (pelancongan berasaskan komuniti).
"Kita dapat lihat bagaimana penglibatan masyarakat setempat kerana ia akan menguntungkan komuniti.
"Masyarakat setempat mengambil peranan dan ini juga mengembalikan nostalgia," kata Iskandar.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brahim’s Dewina, Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata pelancongan berasaskan komuniti membuka lebih banyak peluang pemasaran produk usahawan dalam kalangan penduduk kampung.
Katanya lagi, program Hati Kampung yang diadakan di Kampung Mangkuk, Setiu adalah edisi kedua selepas edisi sulung di Jelebu, Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#luar bandar
#menjana pendapatan
#Pelancongan berasaskan komuniti
#Iskandar Mirza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan