Banjir di Kelantan dan Terengganu semakin surut dengan jumlah mangsa di kedua-dua negeri kini 114 orang.

Kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan, masing-masing satu di setiap negeri.

Portal Majlis Keselamatan Negara melaporkan setakat pagi tadi, jumlah mangsa banjir di kelantan kini menurun kepada 30 orang dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2.

Hanya satu jalan masih ditutup melibatkan Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang.

Sementara di Terengganu, jumlah mangsa banjir menurun kepada 119 orang dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu.

Empat jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan melibatkan dua di Kemaman dan satu di Dungun dan Hulu Terengganu.