KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membayar faedah sebanyak RM11.11 juta kepada waris pencarum layak yang meninggal dunia akibat pandemik COVID-19, setakat ini.
Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata bayaran itu melibatkan hampir 11,100 penerima yang permohonannya diluluskan termasuk kategori Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) di bawah Skim Bencana Pekerjaan.
"Perkeso juga perlu menyediakan kira-kira RM110 juta untuk bayaran jangka panjang kepada waris-waris iaitu suami atau isteri kepada penerima dan kemudian turun kepada anak-anak mereka sehingga berusia 21 tahun atau selesai ijazah pertama," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada lapan beradik yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 di sini pada Selasa.
Sementara itu, sebanyak RM200 juta telah dibayar melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) kepada hampir 50,000 pencarum yang hilang pekerjaan sejak Januari hingga Julai lepas akibat pandemik COVID-19.
Bayaran tersebut adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan iaitu hilang pekerjaan kerana syarikat gulung tikar, pengecilan operasi, Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan sebagainya.
"Namun, mereka yang diberhentikan kerja akibat masalah disiplin dan sebagainya, ia tidak termasuk dalam SIP," katanya.
Dalam pada itu katanya, dari Januari tahun ini hingga semalam sebanyak 2,857 kes melibatkan pencarum telah dibantu oleh Skuad Perkeso Prihatin.
Beliau berkata skuad yang ditubuhkan sejak 2016 itu akan bertindak memantau maklumat di media massa, media sosial dan orang ramai jika terdapat kematian atau kemalangan yang melibatkan pencarum pertubuhan itu.
"Kita tidak akan tunggu sehingga waris memohon, sebaliknya pegawai-pegawai akan terus ke rumah waris dan jika didapati nombor kad pengenalan mereka berada dalam sistem dan layak, kita akan terus proses dan bayar faedah yang layak mereka terima," katanya.
Beliau berkata pendekatan 'search and serve' itu adalah bagi memastikan kesejahteraan para pekerja dan orang berinsurans sentiasa terjamin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021

Mohammed Azman berkata bayaran itu melibatkan hampir 11,100 penerima yang permohonannya diluluskan. -Gambar fail

Untung bersih industri syarikat penerbangan dijangka capai AS$25.7 bilion pada 2024 - IATA
Keuntungan bersih industri penerbangan dijangka mencecah AS$25.7 bilion (AS$1=RM4.67) pada 2024, menyumbang 2.7 peratus dalam margin keuntungan bersih.

Pencapaian sektor pelancongan Malaysia dijangka lepasi paras prapandemik pada 2024
Ia juga susulan isyarat positif daripada ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia tahun ini.

Malaysia sertai 12 kejohanan boling antarabangsa pada 2024 - MTBC
Kongres Tenpin boling Malaysia (MTBC) telah menyenaraikan 12 kejohanan antarabangsa untuk disertai pemain boling negara, sepanjang tahun hadapan.

Pendanaan iklim kurang telus halang negara membangun capai inisiatif mitigasi perubahan iklim
Mobilisasi yang lemah dan kurang ketelusan dalam pendanaan iklim (climate finance) telah menghalang negara membangun daripada mencapai inisiatif adaptif dan mitigasi perubahan iklim.

COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim
Langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara.

SC cadang perkenal mekanisme pindahan diperkemas ke pasaran utama
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024.

Malaysia catat pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion pada Jan-Sept 2023, naik 6.6 peratus - MIDA
Sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.

Nestle Malaysia, PBSMM sumbang 4,000 kotak bantuan kepada mangsa banjir
Nestle komited untuk menyokong sekali gus menghulurkan bantuan menerusi pelbagai program terutama kepada mereka yang terkesan akibat banjir.

Terengganu sertai 36 jenis sukan di SUKMA 2024
Terengganu akan menyertai 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos tahun depan.
Boris Johnson kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik
Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Rabu memohon maaf dan kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik COVID-19.

Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.

SKSSR: Perlu beri peluang kepada suri rumah 55 tahun ke atas - Gerakan
SKSSR) yang mula dilaksanakan pada 1 Disember 2022 perlu turut dibuka kepada golongan wanita berumur 55 hingga 77 tahun.

Perkeso laksana pelarasan kos sara hidup bermula Januari tahun depan
Inisiatif itu adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 dengan mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia.

Pesawat terhempas: Waris Fajim Juffa layak terima bantuan faedah Perkeso
Waris Allahyarham Fajim Juffa Mohd Mustafa Kamal, jurulatih penerbangan yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Ipoh, layak menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

8,843 majikan baharu mendaftar dengan Perkeso dalam tempoh pemutihan
Ia merupakan peningkatan memberangsangkan iaitu lebih 14 peratus berbanding 7,709 majikan baharu yang mendaftar pada April 2022.

Caruman KWSP, Perkeso artis antara dibincang dalam 'task force' industri kreatif - Zahidi
K-KOMM sedang berbincang tentang bagaimana untuk mempergiatkan lagi usaha menjaga kebajikan artis termasuk dalam hal membabitkan royalti.

Peruntukan RM21.18 juta kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA di N. Sembilan
Caruman kerajaan bagi Pakej Program SPS Lindung Perkeso juga diteruskan tahun ini kepada imam, bilal, siak dan guru takmir.