awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso naikkan kadar pencen

Bernama
Bernama
08/11/2017
22:14 MYT
Perkeso naikkan kadar pencen
RICHARD RIOT: Kira-kira 328,056 penerima bakal menerima faedah itu dengan kadar minimum sebanyak RM475.00. -Gambar fail
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengumumkan kenaikan kadar pencen di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan mulai 1 Sept tahun ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, Perkeso akan membayar pelarasan tunggakan pencen mulai 26 Dis ini dengan peruntukan sebanyak RM72.62 juta manakala penyelarasan bagi tahun hadapan ialah sebanyak RM238 juta.
"Kira-kira 328,056 penerima bakal menerima faedah itu dengan kadar minimum sebanyak RM475.00," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Bayaran tersebut akan diberikan kepada penerima faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Pencel Ilat dan Pencen Penakat.
Richard juga berkata penyelarasan kadar pencen baru oleh Perkeso itu dapat membantu meringankan bebanan penerima pencen daripada agensi tersebut.
"Dari semasa ke semasa, kajian akan dilakukan bagi memastikan penyesuaian kadar bayaran pencen dilaksanakan agar penerima faedah tersebut berada pada tahap ekonomi semasa serta dapat menampung kos sara hidup yang meningkat," ujarnya.
Perkeso yang ditubuhkan sejak 1971 kini mempunyai 6.8 juta pencarum dengan kadar caruman lebih RM3 bilion ringgit bagi tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Faedah Orang Tanggungan
#hilang upaya kekal
#kenaikan kadar pencen
#perkeso
#Richard Riot
#Skim Insurans Bencana Pekerjaan
#Skim Keilatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan