Masalah teknikal menyebabkan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terhenti sementara selama kira-kira dua jam hari ini, menurut pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd.
Seorang jurucakap berkata masalah itu telah diatasi menjelang kira-kira 3 petang (bermula kira-kira 1 tengah hari).
Semasa perkhidmatan terhenti, bas digunakan untuk membawa penumpang ke destinasi, katanya.
Aerotren membawa penumpang antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit.
Bagaimanapun, adalah tidak jelas sama ada masalah tersebut menyebabkan beberapa penerbangan tergendala hari ini.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan penerbangan tergendala disebabkan masalah teknikal Aerotren, jurucakap Malaysia Airports berkata: "penerbangan yang tergendala boleh berpunca daripada banyak sebab."
Malaysia Airports dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam laman Facebook berkata walaupun sebuah daripada Aerotren beroperasi seperti yang dijadualkan, perkhidmatan bas masih digunakan untuk mengangkut penumpang yang terlibat.
Malaysia Airport memohon maaf atas kesulitan yang dialami.
Jurucakap Malaysia Airports berkata penumpang-penumpang yang terkandas telah meninggalkan lapangan terbang kira-kira 5 petang.
Bernama
Mon Dec 21 2015
Suasana bersesakan sewaktu gangguan perkhidmatan aerotren di KLIA. - Foto Astro AWANI/Nazam Yusuff
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Perkhidmatan Aerotren terhenti sementara di KLIA, pulih menjelang 3 petang
Perkhidmatan aerotren yang terhenti dapat diatasi menjelang kira-kira 3 petang hari ini.