awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan dalam talian mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan - MYEG

Bernama
Bernama
13/09/2023
12:28 MYT
Perkhidmatan dalam talian mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan - MYEG
MyEG Services Bhd menjelaskan perkhidmatan yang boleh didapati di platform dalam taliannya adalah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. - Gambar MyEG
KUALA LUMPUR: MyEG Services Bhd menjelaskan perkhidmatan yang boleh didapati di platform dalam taliannya adalah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Semua perkhidmatan terus disediakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan," menurut penyedia e-perkhidmatan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
MyEG berkata demikian sebagai respons kepada artikel berita bertajuk "MYEG memperbaharui permit pekerja secara haram" dan "MyEG dikatakan mengenakan bayaran untuk permit pekerja asing walaupun kontrak digantung" yang diterbitkan oleh dua portal berita bahasa Inggeris tempatan pada Selasa.
Memetik kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong di Parlimen semalam, portal berita itu melaporkan bahawa MyEG didakwa memperbaharui permit pekerja secara haram sehingga hari ini, walaupun kontrak digantung oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
"Lembaga Pengarah ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Khoo adalah pendapat beliau sendiri," menurut MyEG.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#MyEG
#permit pekerja asing
#terma dan syarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan