awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan dewan bedah di HQE ditunda ekoran gangguan elektrik

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
20/04/2022
09:35 MYT
Perkhidmatan dewan bedah di HQE ditunda ekoran gangguan elektrik
Pada masa ini, syarikat konsesi, Sedafiat masih berusaha untuk membaiki kabel elektrik yang rosak agar bekalan elektrik pulih seperti sedia kala.
KOTA KINABALU: Perkhidmatan dewan bedah terpaksa ditutup pada hari ini dan esok (21 April) susulan berlaku gangguan bekalan elektrik di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu sejak semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, sebanyak 28 pembedahan bukan kecemasan (elektif) yang dijadualkan pada Rabu ditunda.
Manakala, katanya, kes-kes yang memerlukan pembedahan kecemasan akan dilakukan di HQE II.
"Penutupan khidmat dewan bedah di HQE ini adalah bagi memastikan bekalan elektrik ke semua wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah mencukupi dan stabil," katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.
Beliau berkata, pada masa ini, syarikat konsesi, Sedafiat masih berusaha untuk membaiki kabel elektrik yang rosak agar bekalan elektrik pulih seperti sedia kala.
"Pihak HQE dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan sentiasa mengemas kini status pembaikan bekalan elektrik dan perkhidmatan rawatan di HQE dari semasa ke semasa," katanya lagi.
Semalam, dua set generator digunakan bagi menampung keperluan bekalan semasa gangguan elektrik di HQE, Kota Kinabalu.
Dr Rose Nani berkata, tindakan segera pihak hospital, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) serta syarikat konsesi adalah mendapatkan set generator tambahan bagi menyokong generator sedia ada.
Topic Berkaitan
#dewan bedah HQE
#Gangguan elektrik
#Dr Rose Nani Mudin
#JKNS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan