Skip to main content

Malaysia

Perkhidmatan e-Filing bagi tahun taksiran 2023 bermula hari ini

51707985816_TBLHDN.jpg
PUTRAJAYA: Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-Filing mulai hari ini (1 Mac).

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyarankan pembayar cukai menggunakan perhidmatan e-filing menerusi portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my

Ejen cukai pula hendaklah menggunakan perkhidmatan Tax Agent e-filing System (TAeF) versi 2.0 menerusi capaian https://taef.hasil.gov.my untuk tujuan tersebut.  

โ€œPembayar cukai boleh membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2023,โ€ menurut kenyataan itu.

Pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke MyTax perlu mengaktifkan Sijil Digital Individu terlebih dahulu yang boleh dijana melalui Portal MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > Hantar dan pilih e-KYC (telefon pintar) atau e-CP55D (komputer/komputer riba/telefon pintar).

Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail BN Bagi Tahun 2024 boleh dirujuk di portal rasmi LHDN atau pautan https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdf (versi Bahasa Melayu) dan https://www.hasil.gov.my/media/fw2jk2fd/rf-filing-programme-for-the-year-2024.pdf (versi Bahasa Inggeris).

Advertisement

Must Watch Video